Thursday, November 24, 2011

Happy Photography Day!




"Jika anda bertanya kepada diri sendiri mengapa jurugambar mengenakan bayaran yang begitu banyak untuk tugasan. Kami tidak mendapat bayaran percutian, kami tidak akan mendapat bayaran cuti sakit, kami tidak mendapat bonus untuk bekerja tanpa henti semasa perayaan, cuti sekolah. Kami tidak mempunyai pelan insurans dan kami juga tidak layak untuk skim pengangguran, skim pencen, kwsp atau epf. Kami mengorbankan keluarga kami pada hari-hari khas supaya kami boleh membawa kebahagiaan kepada orang lain. Sakit atau hal ehwal peribadi bukanlah alasan untuk hasil yang buruk. Jadi sebelum anda bertanya lagi, anda harus ingat bahawa Jurugambar ADALAH Jurugambar yang CINTAKAN FOTOGRAFI, tetapi CINTA tidak dapat membayar hutang untuk kehidupan kami.

Selamat Hari Jurugambar" :)

Salam semua... Saya sendiri tidak pasi bilakah tarikh sebenar Hari Jurugambar / Hari Fotografi ini, tetapi ada yang menyatakan memang ada hari khas untuk ini... Hari ni, memang penuh news feed saya di facebook dengan ayat di atas (dwi bahasa, BI & BM) berikutan kebanyakan kawan saya di facebook terdiri daripada jurugambar... Ayat di atas memang cukup bermakna buat semua jurugambar termasuk diri saya sendiri... Sedar tak sedar, dah lebih kurang 4 tahun saya menceburi dalam bidang fotografi ni... Terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah saya lalui sepanjang 4 tahun ini semata-mata untuk memenuhi minat saya dalam fotografi... Sepanjang 4 tahun juga, sudah jauh saya berjalan ke serata Malaysia semata-mata untuk mendapatkan gambar... Berjumpa dengan ramai orang, dapat belajar pelbagai ilmu, dan paling seronok bila dapat melihat tempat orang...

"...Kami mengorbankan keluarga kami pada hari-hari khas supaya kami boleh membawa kebahagiaan kepada orang lain..."

Ayat ini adalah yang paling bermakna... Sudah banyak kali saya lalui pengorbanan ini... Terlalu banyak... Terpaksa korbankan masa bersama keluarga dan rakan... Sampaikan nak pergi bercuti bersama keluarga pun kena tempah tarikh-tarikh yang saya kosong... Perjalanan ini masih lagi jauh, banyak lagi perkara yang bakal dikorbankan jika saya mahu berjaya dalam bidang ini... Kalau diikutkan cita-cita yang ada, teringin untuk menjadi jurugambar media / photojurnalist... Walaupun rasanya macam tiada peluang, simpan juga cita-cita ini... Mungkin satu hari nanti saya akan pencen daripada menjadi jurugambar untuk orang lain, tetapi InsyaAllah saya akan tetap menangkap gambar untuk kepuasan diri sendiri... Belum puas lagi berjalan, belum puas lagi mengumpul gambar... =D

Wednesday, November 16, 2011

Latest Wedding Collection


... Kelvin & Pei Fen ...
... Melaka ...


... Zulhilmi & Farah ...
... Ampang, Selangor ...


... Azman & Zima ...
... Seremban, Negeri Sembilan ...


... Hafiz & Ruzilla ...
... Alor Setar, Kedah ...

Salam... Ini adalah antara koleksi gambar terbaru bagi majlis perkahwinan... Banyak gambar baru yang saya upload dalam facebook... Dan banyak lagi gambar daripada koleksi ini yang akan saya upload dari masa ke masa... Boleh klik pada gambar-gambar di atas untuk tengok gambar-gambar mereka di facebook saya... 4 koleksi perkahwinan terbaru dari 4 negeri yang berbeza... Saya seronok berjalan melihat negeri orang... InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki akan sampai ke Pantai Timur untuk majlis perkahwinan di sana... Majlis perkahwinan di Pahang dah merasa, Kelantan dan Terengganu je belum lagi... InsyaAllah tahun depan... =D

Bagi sesiapa yang nak melihat gambar-gambar terbaru yang lain, boleh add saya di facebook atau melawat galeri saya di facebook... Boleh KLIK SINI! Jangan lupa LIKE ye... =D

Thursday, November 10, 2011

Best Friend Forever (BFF) - Love Story Photoshoot





Punyalah susah nak merajinkan diri untuk update blog ni... Kalau tengok kat tepi tu, boleh kira berapa kali je post blog untuk tahun ni... Banyak masa dihabiskan untuk kongsi gambar-gambar di facebook kerana lebih mudah dan pantas... Kalau diikutkan, sepanjang tahun ni memang banyak gambar konon best yang saya dapat... Tapi bila nak kongsi dalam blog, punyalah susah nak dapat mood... Jadi, facebook je yang penuh, blog banyak kali terbiar... hehe! Kali ni, rajinkan diri sekejap, update gambar baru ni...

'Love Story' photoshoot yang dijalankan pada cuti Deepavali tempoh hari... Tujuan photoshoot ni dijalankan hanyalah saja-saja je pun, semata-mata untuk menambah gambar dan asah skil bergambar mana-mana yang patut diasah... Walaupun selalu dah ambil gambar orang, tetapi setiap kali lepas pegang kamera, tetap menyedari banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki... 'Love Story' yang melibatkan kawan baik saya sendiri dari kecik iaitu Hifzuddin dan aweknya Marya... Photoshoot saja-saja + hadiah buat teman baik saya ni... Sebenarnya banyak lagi gambar, ini je yang saya share dalam blog... Nak gambar lagi, boleh KLIK SINI... Jumpa lagi..! =D

Wednesday, October 5, 2011

2012 Now Open For Booking | Syazwan Yazid Photography


Salam..... If you are about to organize an event or even getting married, do not hesitate to let us serve for you... We are looking forward to help you in capturing your beautiful moments throughout your special day... To all brides and grooms to be, year 2012 are now open for booking... All booking made before the end of December 2011 will still enjoy with the current pricing on every packages... It is wise to book your wedding photographer a few months ahead from your wedding to avoid disappointment... woahaha! Don’t wait till last minute to do your booking as you might not getting the right person to capture all your moments on your big day... =) For those who interested to do pre-wedding, family portrait, birthday party, and others are also welcome... If this is your first time visiting, please spend your time browsing my photography works in my gallery and my facebook gallery... Thanks! =)

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

Wednesday, September 21, 2011

Away | Busy


Kesibukan melanda sampai banyak benda yang tidak sempat nak kongsikan dalam blog ni... Sampai Birthday kekasih sendiri pun terlupa nak upload dalam blog ni... Bila dah terlupa, lepas tu sibuk travel sampai hampir seminggu tak dapat online, memang susah la nak update... So, di atas ni ada satu video antara penyebab kesibukan saya... Hasil kerja terbaru, Chinese Wedding- Kelvin & Pei Fen yang telah berlangsung di Melaka pada 17 September yang lalu... Tapi video di atas ni adalah daripada gambar-gambar mentah, no editing... Kepada sesiapa yang nak tengok gambar-gambar mereka, boleh KLIK SINI! InsyaAllah bila dah betul-betul berkesempatan dan rajin, saya akan update blog ini... =D

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam semua... Segala kesibukan praktikum selama 2 bulan telah berakhir minggu lepas, barulah lega sikit hati ini... Ramadhan pun telah melabuhkan tirainya... Kini, Syawal pula menjelma... Alhamdulillah... Walaupun apa yang dihajati pada setiap kali Ramadhan belum dapat dicapai, namun tetap bersyukur kerana berpeluang merasainya lagi pada tahun ini... Sempena Syawal yang kunjung tiba, di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini... Terutamanya kepada seluruh ahli keluarga saya, saudara-mara, my love Zara, sahabat-sahabat baik, dan semuanya... Maafkan diri ini sekiranya ada salah dan silap sepanjang pertemuan dan perkenalan kita di bumi Allah ini... Sama-samalah kita doa supaya panjang umur dan berpeluang untuk bersama Ramadhan akan datang... Sempena Syawal ini, semoga kita dapat menyambutnya dengan penuh kesyukuran... Aminnn...

pssst : Gambar atas tu gambar raya tahun lepas, saya bersama kekasi hati... =D