
~ gambar diatas oleh Ali, Yan Kedah | edited by Syazwan Yazid ~
sebenarnya saya nak post entri ni pada 20 Disember 2009, iaitu ahad yang lalu... tetapi disebabkan ada tugasan dan saya terlalu penat sampai demam dibuatnya, jadi lambat la update blog ni... pejam celik, pejam celik, dah setahun saya bergelar jurugambar bebas/separuh masa... buat pertama kalinya saya bergelar jurugambar adalah pada 20 Disember 2008... masa tu adalah perkahwinan Narati & Bukhari... Narati ni ialah kakak kepada sahabat saya Ikin... disebabkan pengantin masa tu kekurangan budget untuk upah jurugambar, saya dengan semangatnya tawarkan diri jadi jurugambar mereka secara percuma... kiranya masa tu hanyalah untuk saya punya eksperimen awal dalam bidang fotografi... masa tu jugak, saya hanya menggunakan compact camera sahaja untuk tembak gambar perkahwinan mereka... gila kan...??? yup! memang saya gila... sebab untuk menggunakan compact camera, budak kecik berumur 5 tahun pun boleh buat...! masa tu jugak, macam-macam perasaan ada... malu tu tak payah cakap la kan... yela, pakai kamera murah jew... hasilnya memang lebih kurang dengan kamera orang lain... tetapi pada masa tu, itu sahaja yang saya mampu... masa tu memang menangislah sebab tak mapu beli kamera mahal... tetapi sikit pun tidak melemahkan semangat saya... saya tetap dengan semangat saya untuk tembak gambar mereka... saya ada idea, cuma kemampuan kamera menjadi pencabar utama... Alhamdulillah, pengantin percayakan saya dan hadiahkan saya RM50 atas penat lelah saya pada hari tersebut... balik rumah, buat editing untuk repair semua gambar, terus bagi pengantin dalam bentuk DVD...
selepas satu tahun iaitu pada 20 Disember 2009 yang lepas, sekali lagi saya dapat permintaan daripada akak Ikin yang lain iaitu Narihan... pada 20 Disember 2009, kak Narihan bertunang dengan Nizam dari Kelantan dan saya menjadi jurugambar mereka... tarikh yang sama selepas satu tahun... memang best! tapi kali ni tak pakai kamera murah dah... kamera murah dah hantar muzium... Alhamdulillah..... berkat daripada kerja pertama saya dulu dan saya betul-betul hargainya... tapi sayang sebab saya tidak dapat jadi jurugambar untuk perkahwinan mereka nanti sebab saya sudah pun ada tempahan lain... bila kenang balik cerita setahun yang lepas, memang saya betul-betul menangis hanya untuk berada di mana saya berdiri sekarang... bukanlah tempat yang boleh dibanggakan oleh sesiapa, tetapi tempat yang membolehkan saya terus bermimpi dalam dunia khayalan saya... satu tahun yang terlalu susah, satu tahun yang terlalu banyak halangan dan cabaran, satu tahun yang banyak mendewasakan saya... jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjadi tulang belakang saya selama ini terutamanya kepada seluruh keluarga saya termasuk Pakcik Dzul & Busu, my love Zara, Labong & Solehan, Ikin & Kakti, Marina & Wan Leonard... nama-nama inilah yang paling banyak membantu saya ketika saya mula nak bertapak dulu, dan nama-nama inilah yang akan saya ingat sampai saya mati kelak... Thanks all! Next entri akan saya kongsikan gambar Majlis Pertunangan Narihan & Nizam yang berlangsung pada 20 Disember 2009 yang lepas...
sesiapa yang nak tengok hasil kerja saya setahun yang lepas, boleh klik SINI! tetapi semua gambar biasa jew...
ikhlas,
Syazwan Yazid
5 Comments:
alhamdulillah...
dalam setiap angan yang kita rangkakan,
Allah swt pasti menyisipkan sedikit realiti di situ...
dalam setiap dugaan yang kita tempuh,
pasti ada sinar bahagia yang akan menyirami...
syukur kehadrat Ilahi kerana memudahkan segalanya...
I'm proud of u...
lots of love,
ZARA
:)
Tahniah!!
mOga ko lbeyh berjaya pd masa akn dtg!!~
truskn berusaha tp,jgn lpe tnggungjwb sng stdnt ok..~
=)
name aku ke tuh???
:D
eeeeeeeeeeee cantik la pic yang awak snap, saya suka cara awak snap dan edit....ada pakej tuk wedding x? emailkan dekat sy boleh?
Post a Comment