Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 | Azam 2010


tinggal berapa minit sahaja lagi sebelum melangkah ke tahun baru 2010... saya pasti pada ketika ini ramai anak muda yang tengah berpeleseran untuk menyambutnya di tengah kota raya... saya...??? bersama keluarga adalah lebih seronok! ikutkan hati memang teringin nak ambil gambar bunga api untuk buat koleksi, tetapi rasanya tak penting kot... perlukan rehat untuk memulakan azam & semangat baru... pastinya ramai yang dah pun mempunyai azam masing-masing termasuk saya sendiri... ini adalah azam saya untuk tahun baru 2010 ni... InsyaAllah.....

1. azam wajib setiap tahun iaitu nak berhenti merokok... sebenarnya dah lama tak larat bila rokok banyak mengganggu kesihatan & poket saya... woahaha! InsyaAllah satu hari nanti saya akan berhenti jugak... janji pada diri sendiri, InsyaAllah sebelum kahwin akan berhenti untuk selamanya... aminnn.....

2. saya nak belajar banyak perkara lagi... selain belajar secara formal dalam program ijazah saya yang sememangnya seronok tu, saya juga nak belajar banyak perkara lagi tentang dunia fotografi, dunia videografi, dunia perniagaan, kehidupan seharian dan kehidupan masa hadapan, dan belajar mengumpul duit untuk kahwin! yuuuhuuu! aminnn.....

3. saya nak tingkatkan kualiti kerja sampingan saya iaitu dalam bidang fotografi... saya nak belajar dan cari pengalaman dengan ramai orang termasuk belajar dengan idola-idola saya dalam fotografi... duit yang keluar untuk menuntut ilmu tu memang akan diusahakan dari masa ke masa... dan saya juga nak mencapai pendapatan sampingan dalam fotografi sebanyak RM15 000 pada tahun 2010... mustahil...??? "impossible is nothing guys....." aminnn.....

4. saya nak beli kereta... azam ni termasuk dalam azam tahun 2009 dan saya memang dah target untuk memiliki sebuah kereta sebelum umur saya mencecah 21 tahun... target ni adalah target saya pada 3 tahun lepas... saya masih ada 4 bulan, 27 hari lagi untuk menjadikannya realiti... masih belum terlambat... aminnn.....

5. saya nak tambah barang-barang koleksi peribadi saya... antaranya adalah Macbook dan aksesori-aksesorinya (lebih kurang RM4000), barang-barang kamera iaitu kamera kedua + lampu denyar (flash) + wide lense & telephoto lense (semuanya lebih kurang RM6000 - RM7000)... aminnn.....

bila fikir dua-tiga kali, mungkin agak mustahil untuk merealisasikan semuanya dalam tahun 2010 memandangkan saya ni agak boros dalam berbelanja dan makan... cuti ni sahaja saya dah habiskan lebih kurang RM2000++ untuk beli barang-barang kamera, barang peribadi, barang permainan untuk adik bongsu saya, makan makanan sedap-sedap dengan puasnya, belanja kawan-kawan makan, tengok wayang setiap minggu, dan macam-macam lagi... tetapi InsyaAllah semua azam saya akan tercapai jika saya berjimat-cermat mulai sekarang dan berusaha ke arah tu bersungguh-sungguh... InsyaAllah..... Amin..... nantikan.....

7 Comments:

.zara. said...

amin....
will owez pray 4 u babe..!
ta8 care...!!!

chEntA said...

bru ak taw ko boros ek..hehehe..
ape2 pOwn,moga azam ko utk thn 2010 akan tercapai hndaknya..=)

Dj Epoi said...

Selamat Tahun Baru....sahabat!

hazyq said...

pergh... macam2 ko nk beli ni.. hahaha.. xpe2... keinginan tu penting....

Marya Hana . said...

oi kaw x belanje aku pon.?
x aci ni.
hakhak. moge kaw lebey boros..eh.
moge kaw x boros salu.
camne nak kawen nnt kalau duet x cukop.
hah peringatan ni.

Syazwan Yazid said...

thanks all!

hazyq : keinginan tu terlalu penting! woahahaha!

sabrosa said...

bagos2..selamat tahun baru..nati bley tumpang keta hang..hehe