Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009 | Selamat Datang 2010

Salam semua... dalam sedar, esok dah nak masuk tahun baru 2010... tinggal kurang 24 jam sahaja lagi untuk menghalau tahun 2009... kebanyakan orang dah pun set azam masing-masing... masalahnya, azam 2009 dah tercapai ke belum...??? woahahaha! tahun 2009 merupakan tahun "besarrr punyaaa....." bagi saya... terlalu banyak perubahan yang berlaku pada saya, terlalu banyak pengalaman yang saya lalui, terlalu banyak perkara yang saya pelajari... kalau nak cerita kat sini apa yang terjadi sepanjang tahun 2009, 3 hari 3 malam pun tak habis... jadi, saya nak cerita apa yang paling best...

tahun 2009 merupakan tahun "besarrr punyaaa....." sebab tahun 2009 lah yang banyak impian saya menjadi kenyataan... awal tahun 2009, impian saya untuk memiliki kamera DSLR tercapai... dan saya ada ceritakan di SINI... kamera besar, duit pun besar... setakat ni, dah RM7000 lebih saya habiskan untuk kamera saya... sedikit pun tak pernah menyesal... dunia fotografi banyak mematangkan saya... banyak yang saya dapat belajar... bukan fotografi sahaja, malah dalam kehidupan seharian dan dunia perniagaan... siapa yang rapat dengan saya, pastinya boleh nampak perbezaan saya dulu dan sekarang...

kenangan paling manis pada tahun 2009 adalah bila saya terpilih untuk menyertai Ekspedisi Fotografi ke Pulau Banding, Gerik, Perak anjuran Forum Photoskool.net yang kini dikenali sebagai Malaysia Academy of Photography Arts... ekspedisi ni mendapat tajaan Kumpulan EMKAY dan Institut Darul Ridzwan Perak... seramai 32 jurugambar terpilih menyertainya... ramai jugak jurugambar profesional yang turut serta seperti Che Mat, Torque, Ian Ahmad, Adli Ghazali, Wazari, Sani Rahman, Jidin, dan ramai lagi... masa tu, memang fikir banyak kali jugaklah sebab tak percaya bila terpilih... dan masa ekspedisi tersebut juga ada pertandingan yang mana saya memenangi kategori Foto Fauna Terbaik! Alhamdulillah..... gambar beruk saya mendapat tempat pertama kategori tersebut... group photo dan gambar saya ambil hadiah ni adalah daripada Abg Sirreh atau nama sebenarnya Ahmad Safir... inilah kenangan paling indah pada tahun 2009...

::: saya menerima hadiah :::


::: beruk ku bertuah :::


::: group photo :::
(saya dalam bulatan merah, sebelah Ian Ahmad - jurugambar NSTP)


cerita 2009 yang lain...??? tak larat nak cerita kawan... masih lagi ternanti-nanti detik 2010... rasa macam nak pergi shoot bunga api di Dataran Merdeka... tapi, malas... baik duduk rumah, habiskan masa dengan keluarga... lagi pun dah nak balik Perlis ahad ni... so, rehat! bersambung dan selamat datang 2010!

2 Comments:

.zara. said...

hehe!
selamat datang...~!
moga tahun hadapan bakal mencipta lebih banyak kengan manis... =)
moga kenangan tahun lalu t'lipat kemas d'ingatan...
best of LUCK for the new year!

Dj Epoi said...

Selamat Tahun Baru....sahabat!