Saturday, February 28, 2009

Sampai Sudah : Selesai Sudah

saya selamat sampai di Stesen Bas Terminal One Seremban pada pukul 4.45 pagi tadi...then abang saya amek, terus pergi rumah maksu...alhamdulillah la sebab selamat sampai...tapi yang paling melegakan hati, segala perkara yang telah merumitkan kepala selama beberapa minggu ni dah selesai...walaupun hanya berdiam diri, walaupun hanya Dia yang tahu, tapi saya bersyukur sangat2...semoga segala apa yang dihajatkan tercapai....aminnn.............

to zara : I Love You s0o0o much baby....! =)

to warga pemulihan "anda sasaran kami..!" : so sorry guys sebab tak dapat join kome menjual untuk kumpul dana program kita...abang banyak kerja lah...huhu!

*mengikut pelan induk 28 februari 2009, dalam pukul 11 pagi nanti saya akan pergi menembak gambar orang kahwin...majlis nikah...hope dapat belajar sebanyak yang mungkin daripada pakar...doakan saya....!

Friday, February 27, 2009

Balik Negeri Sembilan : Cuti : Tapi Kerja

pada pukul 9 malam nanti, saya akan bergerak balik ke Negeri Sembilan untuk bercuti dengan menaiki bas (bukan saya punya bas)...sebenarnya tak cuti pun, tapi buat cuti sendiri...esok dan lusa memang ada event di maktab, so saya memang ponteng la...aktiviti tak penting pun...gotong-royong + sukaneka...balik rumah 2 hari jew iaitu sabtu dan ahad...ahad malam isnin, saya akan naek bas di Kuala Lumpur untuk balik ke sini semula...sampai ahad pagi, balik maktab, siap2 terus ke kuliah...

sepanjang 2 hari di Negeri Sembilan iaitu sabtu dan ahad, pelbagai plan telah diatur...semuanya berkaitan fotografi...bermula sabtu, petang dan malam maybe pergi tembak gambar kahwin (nikah) di Seremban dan terus buat TT area Seremban..bukan job saya pun, tapi saya ikut menembak untuk belajar daripada pakar...ahad pula, tengah hari sambung menembak orang kahwin (sanding), dan petang menembak birthday shafiq...kalau sempat nak sambung join mereka (orang kahwin) buat outdoor di Port Dickson...tapi macam tak sempat jew...dan ahad malam pula saya akan gerak ke KL...

rasa-rasanya memang penat la nanti sebab balik sekejap dan sibuk pulak...tapi takpe la...bulan 3 ada cuti lagi dan boleh balik lagi...=)

Thursday, February 26, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) : Day 3

pada hari ini, KOT bersambung semula dan hari ini merupakan hari terakhir KOT pada tahun ini... bermula kira2 jam 8 pagi dan berakhir kira2 jam 11 pagi untuk sesi pagi... pada petang pula, kejohanan bersambung dengan perasmian dan pembukaan pada pukul 2.30 petang, dan selepas habis semua acara, penutupan berlangsung kiar2 jam 5.30 petang... hari ni, tidak banyak acara yang dipertandingkan (hari last kan)... semuanya acara final... kecuali 100 meter berpagar perempuan dan 110 meter berpagar lelaki sahaja yang ada saringan pada paginya, dan final pada petangnya...

acara saya hari ni 110 meter berpagar... saringan saya dapat no.3 dan saya layak ke final... bila final pada petangnya, nasib malang seperti tahun lepas terus menimpa saya... saya tidak dapat meneruskan larian sampai habis... so, kalah lagi tahun ni... memang tahun depan pencen la main pagar... nak cuba beat najib pulak tahun depan... huahahahha!

apa yang menarik hari ni, cuaca memang best ah...! so, still lagi menembak puas2 hari ni... memang banyak tembakan2 menarik yang saya dapat (perasan jew...haha!)...

so, ini la sedikit gambar hari terakhir KOT... enjoy.........! =)
(klik jew gambar kalau nak view besar sikit)


mencuba ketinggian pagar yang macam hampeh tahun ni...! yang ni masa saringan belah pagi...

sempat posing di asrama sebelum turun padang untuk final pada belah petang...

acara perbarisan rumah sukan semasa perasmian dan pembukaan KOT...

acara larian 50 meter maskot2 rumah sukan...

acara sorakan semua rumah sukan....

penyampaian hadiah kepada para pemenang...

olahragawan dan olahragawati untuk KOT tahun ni... Ahmad Najib dan Ammu... tahun lepas Azlihan dan Amy...

johan keseluruhan tahun ni : Rumah Merah....! tahniah la...gambar ni akan dihantar ke paper kot...

gambar2 terakhir...jeles betul tengok mereka2...huah.....! haha! (dalam hati, "biar pengarah tengok gambar ni"...huahahahahahahahhahahaha!)

*nota kaki : kepada warga maktab yang nak copy kesemua gambar KOT selama 3 hari ni, rajin2 la ke bilik saya yang 'cantek dan kemas' ni....huahahahha! tak banyak pun gambar...bawak pendrive 8gb dah la....=P

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) : Day 2

KOT bersambung semula petang semalam dengan pelbagai acara menarik... disebabkan saya tiada acara petang semalam, so boleh la relax sikit sambil menembak sepuasnya...huhu! pelbagai kejutan dan sambutan yang hangat sedikit sebanyak memotivasikan para peserta untuk lebih semangat... ditambah pula dengan cuaca yang baik (tak panas sangat) dan hujan renyai2, memang seronok la menembak... tapi masa hujan, menembak dari astaka jela...

ini la sedikit gambar pada petang semalam...memang best...layannnnn.....=)