nak balik ataupun tidak...
cuti 3 hari jew pun...
tapi seorang demi seorang meninggalkan tempat berhantu ni...
balik atau tidak...???
nak balik.........!!!!!
Selamat Hari Ibu by Hujan
Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan engkau milik syurga
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
-lagu Hujan, nak dengar klik SINI
*29 April 2009, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-49 buat bonda tersayang iaitu Zuraidah Bt Bujang daripada anakmu Muhammad Syazwan yang kini jauh di perantauan... sejuk hati bila dengar bonda tertawa bila anakanda telefon tadi... walaupun anakanda terasa begitu sayu dan sedih atas kerinduan yang teramat sangat, bila dapat dengar suara bonda walaupun tidak lama, itu sudah cukup untuk jadi pengubat segala duka di saat ini... anakanda akan telefon lagi malam ni... terlalu banyak yang ingin anakanda luahkan... anakanda ingin pulang... anakanda mahu bonda... anakanda ingin menangis dalam pelukan bonda... walaupun sekarang ni terlalu sibuk di sini, insyaAllah anakanda akan batalkan semua program anakanda hujung minggu ni... kalau berkesempatan dari segi masa dan duit, insyaAllah anakanda akan pulang esok atau lusa... Selamat Hari Ibu bonda... semoga panjang umur dan murah rezeki... semoga bonda sempat untuk melihat kejayaan anakanda kelak... Aminnn......

