Thursday, May 28, 2009

Sana Sini Kahwin

cuti sekolah pun bermula... maka ramai lah yang akan berkahwin pada musim cuti ni... dan saya pun bakal sibuk dengan beberapa wedding... bermula esok saya dah start shoot wedding... setiap hujung minggu... sampai lah saya habis cuti nanti...


saya akan update blog ni bila ada masa nanti... hari2 yang bakal dijalanani terlalu sibuk...

27 Mei 09 | Thanks For All Wishes

27 Mei 2009 bersamaan hari rabu iaitu semalam, ulang tahun kelahiran saya yang ke-20 tahun... balik aje dari Perlis, pagi semalam saya sampai di Seremban, then terus balik ke rumah Zara... kenapa saya balik ke rumahnye...??? itu yang kita tak tahu...! huahahha! sebab rumah saya tiada orang... semua tak cuti lagi... so, balik rumah Zara, nak jumpa dia, lepas rindu... nak pulak birthday saya, lagi la saya nak jumpa dia... gambar kat bawah ni masa baru sampai rumah zara... mentari pagi yang menyambut kepulangan saya...=)


sampai rumah Zara, memang best sebab dapat luangkan masa dengan dia dan family dia... tolong mama dia kemas rumah... yelaaa... abg dia dah nak kahwin... gambar bawah ni aktiviti sampingan... orang yang dah tak sabar nak kahwin tolong kemas rumah orang yang dah nak kahwin...

bawah ni hadiah Zara untuk saya... saya dah larang dia beli hadiah untuk saya, tapi biasalah... budak ni degil... beli jugak tu... belikan dompet baru untuk saya... thanks so much baby....!!!! I Love You S0o0o Much...!!!

bawah ni pulak dompet lama saya pemberian maksu saya sebelum saya masuk maktab... memang sampai dah tiada rupa saya pakai... rasionalnya...??? duit banyak sangat dimasukkan ke dalam dompet sampai koyak-rabak...huahahha!

sampai rumah... tunggu la bonda tercinta balik rumah... insan yang telah melahirkan saya ke dunia ni... rasa seronok sangat2 dapat berada di rumah masa birthday ni... sebab tu saya balik cepat walaupun sebenarnya maktab tak bagi balik lagi... malam semalam, lepas makan malam, tengok ada kek yang akak saya belikan... rasa best sangat2 sebab last time saya sambut birthday bersama family dengan adanya kek masa saya 12 tahun dulu... mak saya cakap dah macam shafiq sebab sambut birthday ade kek + lilin! huahahha!
ni gambar saya dengan kek... sorila agak seksi sebab saya kat rumah memang tak kenal baju...huahaha!
terima kasih kepada semua yang mendoakan saya... terima kasih kepada family saya sebab saya rasa seronok berada di rumah semalam... dan terima kasih banyak2 kepada Zara sebab buat semua ni untuk saya... memang ulang tahun kelahiran saya yang ke-20 ni lain sangat... saya betul2 gembira... sebab memang saya tak pernah gembira masa birthday sebelum ni... tapi kali ni memang lain... gembira berada di rumah sendiri + gembira berada di rumah zara...=)

nota kaki : Barca 2 - 0 ManUtd... memang best tengok final bola malam tadi... yeah...! saya sokong Barca...!

Wednesday, May 27, 2009

I’m Officially 2 Series Today


hari ini... dah masuk umur saya yang ke-20 tahun... umur dah semakin meningkat... dan dah pun jadi orang yang berumur 20-an... bukan lagi anak kecil yang berlari girang di tepi pantai... tetapi seorang yang dah meningkat dewasa...


selama 20 tahun di bumi Allah, banyak yang saya telah lalui... pahit... manis... putih... hitam... semuanya pengalaman yang banyak mengajar saya erti sebenar sebuah kehidupan... terima kasih kepada ibu tercinta yang telah melahirkan saya ke dunia ini.. insyaAllah satu hari nanti menjadi seorang insan yang berguna untuk masyarakat dan anak bangsa sendiri... saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih lagi bernyawa ke saat ini... saya mendoakan yang terbaik untuk jalan2 yang yang bakal saya lalui dan saya mendoakan supaya saya panjang umur... kerana perjalanan ini masih jauh... saya nak sampai ke 'garisan penamat' sebagai seorang pejuang yang syahid di medan perang... insyaAllah satu hari nanti...

Target saya untuk 5 tahun akan datang iaitu ketika saya berumur 25 tahun :

*diploma dalam bidang seni ataupun master dalam bidang pendidikan(psikologi)...
*kereta BMW sebiji ataupun kereta buatan Malaysia yang ada sticker BMW...
*rumah banglo sebiji untuk saya duduk dengan isteri saya kelak...

sebenarnya banyak lagi target saya... tapi tak sempat nak menulis kerana semasa entri ini di post kan, saya berada dalam bas untuk balik ke kampung.... terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya... dan terima kasih banyak2 kepada kekasih saya iaitu Zai Suhairah atau Zara yang sentiasa menyokong saya sampai ke tahap sekarang.... I will always love you s0o0o much baby...!


kesemua gambar di atas ditembak oleh empayar sayap malam iaitu Yap Ah Pai sebelum saya bergerak pulang...

Tuesday, May 26, 2009

Exam No More | Cuti Semester

exam dah habis pada pukul 11 pagi tadi... keseluruhannya, memang hampes belaka lah! tunggu aja lah result keluar semester depan nanti... harap2 takde yang gagal... lulus cukup makan pun dah bersyukur sangat2... cuti semester pun bermula... tak sabar nak balik rumah malam ni... saya nak jumpa kawan2 baik saya kat bawah ni... paling nak jumpa, budak montel + tembam + gemuk kat kiri sekali iaitu aro...


nantikan kepulangan hamba wahai sahabat... saya akan naik bas malam ni pada pukul 9 malam... pagi esok sampai... insyaAllah pagi esok saya akan ke sekolah lama saya... nak jumpa guru kesayangan...

Monday, May 25, 2009

My Wish List For Photography World

ini ada beberapa barang yang saya dok mimpikan setiap malam ketika tidur... memang tidur sampai berpeluh-peluh lah! bila lah boleh dapat! hampir kesemua barang-barang ni saya pernah cuba... memang mantap dan best! itu yang sampai mimpi-mimpi...

Nikon D700 Digital SLR Camera Body Only : RM8,595.00

Nikon 70-200mm f/2.8D G Zoom Telephoto AF VR Zoom Nikkor AF-S ED-IF Autofocus Lens (White / Grey Colour) : RM6,995.00

Nikon 17-55mm f/2.8G Zoom Super Wide Angle AF ED-IF AF-S DX Zoom-Nikkor Autofocus Lens : RM5,050.00

Tokina AT-X 124 AF Pro DX Zoom Super Wide Angle AF 12-24mm f/4 Autofocus Lens (Nikon F) : RM2,250.00

Tamron Telephoto SP AF 90mm f/2.8 Di Macro Autofocus Lens (Nikon F) : RM1,685.00

Nikon SB-900 Speedlight : RM1,695.00

Nikon MB-D10 Multi-Power Battery Pack : RM699.00

Nikon MB-D80 Battery Pack : RM495.00

Lowepro CompuTrekker Plus AW Backpack : RM845.00

Manfrotto 695 Magfiber Carbon Fiber 5 Sections Monopod : RM724.00

Manfrotto 728B Digi Black Tripod with 390RC2 Three Way Head (Quick Release) : RM468.00

Jumlah kesemua barang di atas jika dinilai dalam bentuk harga barang tersebut adalah RM29,501.00 sahaja... kesemua harga barang di atas adalah harga daripada Shashinki.com... persoalannya kini, dapatkah saya mencapai kesemua barang di atas...??? jawapannya : InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki, saya nak memiliki kesemua barang di atas ataupun barang2 yang sama nilai dengannya sebelum saya mencecah 30 tahun, iaitu 10 tahun daripada sekarang... saya akan berusaha ke arahnya...kehkehkeh!

Jadi, kepada gadis2 di luar sana yang berhasrat nak menjadi isteri saya kelak, barang2 ini akan berada di tempat tidur nanti...huahaha! kalau sanggup naik moto kapcai ke tempat kerja, makan sekali sehari, buat kerja separuh masa, boleh lah mengisi borang untuk menjadi isteri saya... tapi kalau ada mana2 gadis yang bapaknya jutawan, dato', dato' seri, tan sri, tak payah isi borang pun tidak mengapa... saya masuk meminang right here right now! huahaha!

Sunday, May 24, 2009

Outing Bersama Group Perlis | Kuala Perlis

petang semalam, saya join group flickr Perlis pergi outing... outing ke dua tempat iaitu Ladang Kuda dan Kuala Perlis... ramai jugak yang turun... tapi saya sempat join Kuala Perlis jew... itu pun kejap jew (datang lambat)... beberapa hari ni tak berapa nak larat dan tak berapa nak sihat... banyak terperap dalam bilik sorang2 mengadap laptop... outing kali ni memang best sebab air laut tengah surut dan baru nak pasang... so, kami sempat la ke tengah lautan yang kering tu...haha!

so, inilah sedikit gambar sunset petang semalam di Kuala Perlis... cuaca boleh tahan lah! tapi saya jew yang tak berapa nak pandai tembak sunset lagi... kena banyak belajar lagi... macam biasa... setting secukup rasa + editing suka suki!
(klik pada gambar untuk paparan besar)


antara penembak berani mati pada petang semalam dan group photo sebelum bersurai (guna built in flash jew... malas nak pakai speedlight)

ini mungkin outing terakhir sebelum saya balik cuti sem ni... insyaAllah panjang umur saya akan join mereka semula pada penghujung bulan jun nanti...

Saturday, May 23, 2009

New Playboy's Model Was Born...!

seperti yang dimaklumkan dalam post sebelum ni, saya mencari model lelaki playboy... muka ala2 playboy la...haha! dan petang semalam, saya pergi tembak gambar model tersebut di bukit cenderawasih bersama kay... apa yang saya boleh katakan, memang puas hati walaupun tak berapa nak bersedia... dan paling penting, new playboy's model was born! made in malaysia punya...huahaha! memang saya sarankan beliau pergi jadi model part-time lah! thanks to the model @ tentulah dia memang kawan saya lah!

biodata model terbaru saya...

Nama : Koi Learns To Rock
Tarikh Lahir : 23 Disember 1987
Asal : Sarawak
Blog : http://koilearnstorock.blogspot.com/
email : koi87@hotmail.com
friendster & facebook : koi87@hotmail.com

so, inilah gambar petang semalam... main CLS, 2 biji Speedlight Nikon SB600, built in flash mostly off, setting secukup rasa, editing sesuka hati...haha!
(klik pada gambar untuk paparan besar)


model tambahan @ photographer kedua @ pembantu yang setia... Mr. Kay...

thanks sangat2 kepada model tersebut dan kepada kay yang sentiasa setia menjadi pembantu saya... apa yang model tu dapat...??? makan free saya belanja + gambar2 lah!