Tuesday, June 30, 2009

Majlis Aqiqah Zara Zenia Khalisyah | 28 Jun 2009

Salam... pada 28 Jun 2009 (ahad) yang lalu, saya telah join Majlis Aqiqah buat Zara Zenia Khalisyah iaitu cahaya mata pertama bagi Along Ijoy (abg Zara) & Kak Su... dengan penat event UrbanScapes sehari sebelumnya yang masih terasa, terpaksa lah tahan penat jugak... sebenarnya saya tidak pernah menembak gambar majlis macam ni dan ini merupakan kali pertama buat saya... walaupun tak tahu nak tembak gambar apa, tapi saya relaks aje lah... tembak dan terus tembak apa yang patut... dalam kepala terbayang beberapa idea yang diilhamkan daripada karya antara idola saya... saya tetap cuba yang terbaik.... walaupun banyak try n' error aje, tapi ada beberapa keping gambar yang memang saya puas hati dan saya sayang... tambahan pulak, orang2 kat sana semuanya saya sayang..... =)

sebelum balik, kak su cakap nak custom album + diskaun... kekeke! so, bertambah lah kerja saya lepas ni... album abg didi pun dalam final touch sekarang sebelum saya pergi print (insyaAllah dalam hujung minggu ni print)... so, ini saya kongsi sedikit gambar keriangan menyambut ahli keluarga baru... enjoice....!
(klik pada gambar untuk paparan besar)


tak sabar nak edit gambar2 ni... tak sabar nak tengok hasilnya...

::: I LOVE KIDS :::

KLue UrbanScapes 2009 | The City's All-Day Creative Arts Festival | 27 Jun 2009

salam... seperti yang dimaklumkan sebelum ni, saya telah join satu event yang sangat2 lah best + seronok pada 27 Jun 09 yang lalu... KLue UrbanScapes 2009, dan memang kena dengan temanya iaitu 'The City's All-Day Creative Arts Festival'... semuanya tentang 'seni' yang sememangnya satu bidang yang sangat lah luas untuk diterokai... selama 12 jam event ni berlangsung iaitu seawal jam 12 tengahari sampai lah 12 malam...

dengan susah payahnya saya berusaha untuk join event ni dengan masalah kewangan yang agak ketara buat masa ni, tetapi saya tetap gagahkan diri, saya tekadkan azam, walau apa pun yang jadi, saya nak pergi jugak... sampaikan ada terfikir nak cagarkan atau jualkan lens 50mm saya nih...! kekeke! tapi Alhamdulillah, saya dapat menguruskan duit yang sedikit tu untuk ke sana + tahan nafsu supaya tidak berbelanja atau boros...

masa saya sampai (lone ranger), memang teruja sangat2 sebab memang ramai yang hadirkan diri termasuk warga asing... sampai jalan sesak + parking full... bermula daripada sini, saya dapat lihat bagaimana orang seni menghargai sesuatu seni tu... memang respect lah...! bila saya cuba hayati semua yang ada di sini, memang hati saya terasa sebak dan saya menangis... terus mengimbau kenangan lampau, satu ketika dulu, jiwa ini bagaikan dirampas oleh diri saya sendiri... dan bila saya di sini, saya dapat rasakan kembali jiwa saya yang telah lama hilang... jiwa seorang anak muda yang penuh dengan angan2 & khayalan... mungkin bukan rezeki saya... tapi, saya janji, jiwa ini akan terus disemai demi cinta & cita2 yang dalam... saya bahagia di sini, dan ikutkan hati memang saya taknak balik dah... memang saya enjoy sangat2 hari tu... tapi sedikit terkilan sebab tak dapat nak kongsi kegembiraan ni bersama orang yang saya sayang... huuu....

so, ini ada sedikit gambar yang sempat saya tembak masa event tu berlangsung... memang banyak aktiviti yang menarik, dan memang macam2 ada di bawah satu bumbung, iaitu seni... ramai yang join, ramai yang saya jumpa antaranya idola saya iaitu kukubesi, dan ramai jugak yang saya tak sempat jumpa...kekeke! tak banyak gambar best sebab saya tak sempat tengok semua dan saya pulang awal kerana ada hal keluarga pada hari esoknya... walaupun join sekejap, saya berpuas hati dan gembira... enjoice....! =)
(klik pada gambar untuk paparan besar)


gambar terakhir ni yang paling saya suka... saya bersama antara idola saya dalam dunia seni iaitu kukubesi... beliau memang rocks + best...! kenapa beliau menjadi idola saya...??? boleh lah jenguk ke web beliau http://www.kukubesi.com/ ... anda juga mungkin akan meminatinya... =)


tak sabar nak tunggu tahun depan pulak... insyaAllah saya akan join lagi... siapa yang tak dapat hadir pada hari tu, boleh layari laman web event tu di sini http://www.urbanscapes.com.my/ ... ada report full dalam tu...

Monday, June 29, 2009

Senyuman Di Kuala Lumpur

salam... saya baru sahaja balik dari Kuala Lumpur dan saya sampai di Perlis pukul 4.30 pagi tadi... ada 2 event yang saya join, iaitu KLUE UrbanScapes 2009 di KLPac Sentul, dan lagi satu event family Zara iaitu Majlis Aqiqah untuk baby Zara Zenia Khalisyah... penat yang teramat sangat masih lagi terasa... insyaAllah bila dah free saya akan update penuh pasal 2 event ni... enjoy dulu gambar intro kedua-dua event ni...


ada siapa2 yang panas tak bila tengok gambar pertama iaitu gangster @ penjajah kat atas tuh....??? kekeke!

Friday, June 26, 2009

Nantikan Kuala Lumpur | UrbanScapes 2009 | 27 Jun 09


malam ni, saya akan menaiki bas ke Kuala Lumpur... esok ada event best di sana iaitu KLUE URBANSCAPES 2009... taknak cakap banyak & senang cerita, macam2 ada....! kekeke! maklumat lanjut, klik SINI! tak sabar nak jumpa antara idola saya bersama tenteranya esok.... siapa....??? tungguuuuu...... dan mungkin seorang lagi idola saya pun akan join jugak dengan tenteranya....

ahad pula, saya akan ke tempat lain untuk menjalankan tugas sebagai tukang tangkap gambar... event family...

Wednesday, June 24, 2009

Ekspedisi Ke Pulau Banding

saya baru sahaja terima email daripada Abg Azrul (Berita Harian), tapi saya tak reply lagi... emailnya dibawah ni...

"Tahniah!!!! Anda terpilih untuk menyertai program ekspedisi ke Pulau Banding yang akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh : 23(7pm) - 25 Oktober 2009 (11pm)

Untuk makluman pihak tuan, anda terpilih daripada seramai 85 pemohon dan ia sekaligus menunjukkan bahawa anda cukup layak dan sangat diberi keutamaan. Namun, nama anda akan hanya dikemaskini dalam senarai akhir sekiranya anda membalas emel ini
sebelum 28 Jun 2009 dengan menyatakan beberapa perkara di bawah. Jika gagal, nama anda akan digantikan dengan orang lain. Harap maklum.

Untuk makluman anda, Pulau Banding ditaja oleh Yayasan Pulau Banding yang banyak membuat kemajuan kepada Pulau Banding termasuk hal ehwal orang asli. Justeru, selain kita bersama dalam program ini, kita juga akan terbabit secara langsung dalam aktiviti penjagaan dan kecintaan alam sekitar. Ia adalah projek bersama dalam mempromosikan hutan tertua di dunia ini. Anda akan dibawa menjelajah ke seluruh pulau termasuk perkampungan orang asli. Yayasan Emkay sanggup menaja projek ini tetapi syaratnya kita juga akan menyumbang kepada promosi pulau ini. Harap maklum.

Sila Jawab Soalan di bawah:

1. Berapa peratuskah keseriusan anda menyertai program ini? Ini kerana kami mahu peserta yang bukan main-main atau tak tentu menyertai program ini kerana ia tidak adil kepada orang lain.
2. Adakah anda sanggup gambar anda digunakan untuk tujuan komersial oleh Emkay tanpa dikenakan sebarang bayaran?
3. Anda dikehendaki membawa laptop sendiri untuk program itu. Sanggup?
4. Anda dikehendaki menyediakan design poster pada hari kedua yang mungkin dijadikan poster oleh pihak Emkay. Sanggup?
5. Anda juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan diputuskan oleh urusetia. Sanggup?
6. Anda dikehendaki memberi keizinan kepada Emkay untuk menyalin semua gambar di Pulau Banding, namun anda boleh gunakan gambar itu untuk kegunaan sendiri. Sanggup?
7. Anda dikehendaki mempromosikan Pulau Banding di laman web atau blog anda dalam bentuk bergambar. Sanggup?
8. Meskipun program ini percuma, anda dikehendaki membayar RM50 untuk tujuan pengurusan. Sanggup?

SILA JAWAB SEGERA SEBELUM NAMA ANDA DIGANTIKAN DENGAN ORANG LAIN. HARAP MAKLUM.

--
"CINTAI ALAM SEMULAJADI"

Azrul Affandi Sobry
Penyelaras Program Ekspedisi Pulau Banding
Tel: 019-6004000"

so, apa macam ini cerita...??? tetapi.......

CURRENT MOOD : BLINK!!! BLINK!!!

Aku & Hantu-hantuku

baru2 ni ada layan movie seram yang memang best & masyuk...

1. Drag Me To Hell
*cerita ni masih di panggung wayang... jomlah pergi tengok...!


2. Dead Silence
*cerita ni tak tahu bila... tapi memang best... siapa nak copy, meh lah...!


dua cerita yang best....! tengok2....!

Tuesday, June 23, 2009

Current Mood : Stress & Sick


I'm sick of everything right now......!

Outing Dataran Senawang | 18 Jun 09

pada 18 jun 09, dah deal dengan along pikces untuk lepak2 sambil menembak di fun fair di Dataran Senawang... lepas habis menembak birthday Uyin, saya terus ke dataran berjumpa along... along bersama aweknya lin, sedia menunggu saya... along memang sempoi & lin pun mesra walaupun pemalu... lepas basahkan tekak, terus pergi fun fair... menembak dengan suka hatinya sini sana sampai boring (sebab tak ramai orang)... dan kami banyak try and error je... kami banyak buat eksperimen untuk dapatkan gambar konon best...

so, ini ada sedikit gambar untuk dilayan... enjoice...!
(klik pada gambar untuk paparan besar)


dah boring menembak di fun fair, kami terus ke tengah dataran, terus layan CLS... model...??? macam2...!


to along : thanks man...! CD terlupa bagi hari tu... see u next time... kalau berkesempatan, kita jumpa lagi hujung minggu ni okeh...! (wink)

Monday, June 22, 2009

Staff SK Chembong 2009

pada 19 Jun 09 (jumaat) yang lepas, saya telah ke SK Chembong untuk menembak gambar semua staff sekolah tersebut... ini merupakan permintaan ayah saya yang mengajar di sana berikutan guru besar di sekolah tersebut akan pencen dalam bulan 8 nanti... lepas gambar ramai2, gambar individu pun saya ambik... nak ganti gambar2 lama...

cuba teka ayah saya mana 1...??? =)
(klik pada gambar untuk paparan besar)

::: STAFF SK CHEMBONG 2009 (guru sahaja) :::


::: STAFF SK CHEMBONG 2009 (guru & kakitangan) :::


kemungkinan dalam minggu depan saya akan print gambar2 ni dan gambar2 yang lain...

Birthday Hurin Bisyri 4 Tahun | Back To Perlis

Salam... minta maaf kerana lambat update, kesihatan dan kesibukan agak mengganggu...

pada 18 Jun 09 yang lalu, Hurin Bisyri atau Uyin telah masuk 4 tahun... siapa Uyin ni...??? Mama dia ialah kakak kepada paksu saya... kira sedara jugak lah... Majlis sambutan hari jadi ni berlangsung di sekolah Uyin (pagi) dan di rumahnya (malam)... tak banyak pun gambar best dan saya tetap cuba lakukan yang terbaik...

so, ini lah sedikit gambar majlis tersebut... enjoice...!
(klik pada gambar untuk paparan besar)

::: DI SEKOLAH :::


::: DI RUMAH :::


saya telah kembali ke Perlis pada petang semalam dengan keadaan demam + selesema (macam H1N1 dalam TV tu)... terpaksa gagahkan diri jugak... dan hari ni, bermulanya semester 2 ijazah saya... dan bermulanya pemerintahan baru penjajah yang kejam iaitu saya... doa saya, biar lah semuanya ok...! result ok, pemerintahan ok, study ok, semua lah....! insyaAllah panjang umur, saya akan balik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ni dan tiket pun dah beli petang tadi... orang KL, tungguuu......!