Sunday, August 30, 2009

Si Hantu Rempit

malam semalam, boring2, ajak la abg saya menembak gambar sikit... modelnya abg saya & motornya... disebabkan malam, so main lighting aje lah... tak banyak pun gambar yang ditembak... dalam 20 ++ keping jew... saja suka2... setting kamera & lighting pun sesuka hati... so, inilah hasilnya yang tak seberapa... abg saya & motor kesayangannya...





topeng hantu tu adek saya beli kat mana entah... tak menakutkan, sebaliknya kelakar... haha!

Saturday, August 29, 2009

Preview Album Zara Zenia Khalisyah | Majlis Aqiqah

salam..... setelah menunggu sekian lama, petang tadi saya baru sahaja dapat album ni... walaupun muka depan album sedikit kantoi iaitu tulisan sedikit terpotong, tapi takpe lah kot... pada siapa yang tidak tahu album ni untuk majlis yang mana, boleh klik SINI... insyaAllah esok album ini akan diserahkan kepada nenek & atuk baby comel ni... tak sabar nak melihat reaksi mereka bila dapat album ni... harap2, seluruh keluarga baby ni gembira & puas hati dengan hasil kerja saya... dan harap2, bila baby ni dah besar, tengok albumnya sendiri, dia pun akan suka... so, inilah hasilnya... enjoice...=)








kalau baby ni dah besar nanti, kalau nakal, siap lah dia... hehe! =)

Travel Perak | Day 5 | Part 2

hari terakhir saya di Perak minggu lepas, petang sebelum balik, sempat jalan2 sekitar Ipoh... Pai & kawannya iaitu wan yang hantar saya... sempat singgah di Kawasan Rekreasi Gunung Lang (kalau tak salah), sempat menembak beberapa gambar... dan di bandaraya Ipoh pun sempat la jugak menembak... saja2 buat koleksi & kenangan saya di Perak... memang 5 hari di Perak cukup membuatkan saya gembira & relaks sangat2... so, ini ada sedikit gambar yang boleh saya kongsikan... enjoice....! =)

(kali ni tak payah nak klik gambar untuk paparan besar, tapi gambar memang dah besar... tapi maybe lambat sikit loading... please wait...)










hope lepas ni dapat travel Perak lagi... banyak tempat lagi di Perak yang saya teringin sangat2 nak pergi... =)

Thursday, August 27, 2009

Travel Perak & Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) | Day 5

tibalah hari kelima, iaitu hari terakhir bagi PBS Semester 2 yang saya jalankan di SK Chenein... hari kelima, tenaga pun dah berkurang, semangat pun dah lemau sikit... paginya, kami menggantikan seorang cikgu untuk mengajar Pendidikan Jasmani bagi murid tahun 2... kami buat game2 basic jew... main pundi kacang... macam2 ragam... biasalah budak2... lepas tu, kami semak semula kerja2 kami takut2 ada yang terlepas pandang... kami siapkan semua kerja, kemudian masa waktu rehat, ada lah sedikit jamuan untuk kami bertiga... walaupun sumbangan kami secara tidak langsung selama 5 hari ni tidak lah seberapa, tetapi guru besar & guru2 lain di sekolah tersebut menghargainya & berterima kasih kerana kami sudi menjalankan PBS di sana... masa guru besar bagi ucapan, terasa macam hero kampung pun ade... insyaAllah jika berkesempatan, kami akan ke sini lagi...

(klik pada gambar untuk paparan besar)


sebelum balik, sempat bergambar & kami cabut balik awal sebab dah mengantuk... haha!


habis sudah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 2 saya... semester depan buat di sekitar Perlis... dan malam tu jugak saya bergerak pulang... gambar2 petangnya...??? next update... =) bersambung...

Travel Perak & Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) | Day 4

hari keempat, ramai cikgu yang ada taklimat... jadi kami ditugaskan oleh guru besar untuk menggantikan cikgu yang tiada... antara kelas yang kami kena uruskan adalah Pendidikan Jasmani, Sains, Bahasa Melayu & Bahasa Arab... di sini lah mulanya kebolehan kami diuji... Pendidikan Jasmani, ajar tahun 5, mudah aje... main takraw lah... haha! yang perempuan main bola jaring... dan kelas2 yang lain, kami buat game je... tahun 1, 2, 4, & 6... sampai menari-nari pun ade (tahun 1)... nasyid dalam kelas Bahasa Arab pun layan jew (tahun 2)... targetnya senang je, asalkan murid2 tak buat hal, asalkan murid2 seronok & enjoy, kira ok lah... walaupun penat nak melayan budak2, kami sangat seronok... melihat wajah2 ceria mereka lah yang mengubat segala penat kami... nak tengok murid2 ni sayang ke tidak kat cikgu2 botak ni, layan aje lah gambar2 kat bawah ni...

(klik pada gambar untuk paparan besar)


petangnya pula, macam biasa... cikgu sekolah bertukar menjadi budak kampung dusun... petang ni special sikit... kami ke sebuah rumah kosong di hujung kampung... tujuannya...??? menembak gambar lah....! melihat rumah usang ni, saya menjangkakan dapatlah menembak model yang muka samseng macam penagih dadah ke... tapi disebabkan tiada masa nak mencari model macam tu, maka terpaksa lah saya gunakan model sedia ada yang terlalu kacak & bergaya... kekeke!


malamnya pula...??? malam yang special jugak... malam terakhir berkampung di sini... disebabkan bonda labong tidak berapa sehat, maka kami pun kena lah masak sendiri... menunya nasi goreng... kami bertiga yang masak & diketuai oleh Chef Wan (bukan Chef Wan dalam tv tu)... fikir sendiri nama siapa yang ada 'wan' hujungnya antara kami bertiga... haha! nak tau sedap ke tidak, tengok aje lah gambarnya... sure lepas ni nasi goreng kak eja tak laku dah... lalala! =P


esoknya, last day PBS... bersambung...

Tuesday, August 25, 2009

Travel Perak & Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) | Day 3

hari ketiga, kami semakin cargas... hari ketiga barulah berpeluang berjumpa guru besar yang sebelumnya cuti selama 2 hari... lepak2 dengan guru besar lama jugaklah... pelbagai perkara yang kami bincangkan... lepas tu, kami banyak buat kerja kami... siapkan beberapa kerja & kemas kinikan data yang dikumpulkan... lepas rehat pulak, cikgu Linda yang cun-melecun mintak kami mengajar murid tahun 1 menyanyi lagu kanak2 sambil menari... macam2 lagu jugaklah yang keluar... enjint2 semut, katak si katak lompat, lenggang2 kangkung, jong2 inai, can malican, anaklah ayam, dan macam2 lagi lah... dah penat menyanyi, layan cerita 'Upin & Ipin', bukak skrin besar... memang seronok habis lah... cikgu Linda mesti dah terpikat dengan kami bertiga...

(klik pada gambar untuk paparan besar)


petangnya pula, mula lah jadi budak kampung semula... kami & sorang kawan labong pergi mandi di Lata Bawong... tapi saya dengan pai aje yang mandi... tempat ni memang best lah! sejuk... dalam... air pun laju... dan buat pertama kalinya saya lenjan kamera saya sampai lencun... kalau rosak kamera ni, beli lah baru nanti... haha!


nota kaki : lepas ni nak beli kamera yang boleh masuk air...

Travel Perak & Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) | Day 2

hari kedua, barulah cargas sikit... penat lelah untuk sampai ke Perak pun dah hilang... hari kedua, kami join murid2 darjah 4 & 5 main takraw untuk masa kokurikulum... kalau datang sekolah ni, tak main takraw memang tak sah sebab sekolah ni takraw selalu johan atau naib johan daerah jew... lepas tu, kami masuk kelas Pemulihan & kumpul semua maklumat yang patut...

(klik gambar untuk paparan besar)


petangnya pula, kami jalan2... saya nak pos barang & labong pulak nak ambik barang kat rumah makciknya di Klebang...


nota kaki : saya tak pandai bercerita... biarkan gambar yang bercerita...