Salam....minggu lepas memang teriak lah bila fikir nak balik... apa yang seronok sangat kalau saya dapat balik...??? ada 2 event yang sangat best maaaa! event ni last buat 3 tahun lepas maaaa! mungkin tahun depan atau lama lagi baru buat balik... tetapi saya korbankan jugak sebab 'keluarga' saya di maktab lebih berharga daripada minat saya... daripada laporan yang saya baca, memang semuanya seronok, terharu, tidak terkata, dan macam-macam perasaan lagi lah... dan kalau saya pun, saya pasti saya merasakan benda yang sama... kalau larat, baca lah sedikit respon daripada mereka yang hadir ni... enjoy...
::: EVENT 1 | TT KHAS RAMADHAN - Seasoned Shooters Bertemu Newbies" :::
...gambar oleh Sirreh, lighting setup oleh sifu lighting Ted Adnan...
(gambar ni adalah antara yang hadir, dan masa gambar ni dah ramai yang balik)
antara otai-otai fotografi yang hadir malam tu... kalau nak tahu, mereka-mereka ini lah orang-orang yang menyediakan gambar di dada-dada akhbar di Malaysia nie, juga banyak publication di luar...
1. Ted Adnan - Commercial/ Events/ Sports Photographer, Lighting "Supersifu"
2. Shamshahrin @ Imagemaker - World class Photojournalist (now with EPA) - respected mentor to many photojournalists/ documentary photographers
3. Jaggat - Experienced Sports & commercial shooter
4. Ian Ahmad - NSTP
5. Bazuki Muhammad - Reuters
6. Che Mat - Penghulu FotoWarong
7. Mukhriz Latiff & Candidsyndrome Team - respected wedding & event photographer
8. Rahman Roslan - Worldclass Documentary Photographer who's recently picked by Ron Haviv for a respectful award
9. Vignes Balasingam - Worldclass Documentary Photographer who's recently picked by Ron Haviv for a respectful award
10. NapieMM - Commercial Photographer
11. Engku Iskandar - respected wedding & event photographer
12. Azrul @ Pencerita - journalis terkemuka
13. a.G - Agency Photographer ...
laporan oleh Torque (penganjur)...
"Assalamua'laikum,
Alhamdulillah, apa yg kita rancangkan telah berlangsung dengan baik.
Seawal 930pm sudah ada yg berada di lokasi - Restoran Maulana Al Maju, Prima Saujana, Kajang.
Pada mulanya kawan-kawan yg hadir terbahagi dua kerana kedudukan meja yg kurang teratur tetapi ia telah di"settle"kan dalam masa singkat kerana jumlah penyertaan memang memberi impact , jadinya memang kitorang conquer la kawasan tersebut. Dengan ketibaan Bazuki selepas meja dah setting baek, aku mulakan majlis dengan memperkenalkan seasoned shooters kepada newbies/ para peserta. Setelah itu acara berbincang & mengoyak gambar berlangsung dengan option yg banyak untuk para peserta memilih sifu untuk borak-ilmiah atau mengoyak gambar mereka.
Ada yg tak berapa nak tunjuk pun akhirnya tunjuk juga sebab kantoii alasan macam tak bawak laptop la tak sempat print laa tapi akhirnya setelah diberi laptop - habis Bazuki kena kerumun oleh mereka yg teringin untuk menyaksikan bagaimana sesuatu gambar itu diberi input oleh seorang professional. Harap-harap Bro HadiNor (betul kan?) berpuas hati dengan input Bazuki.
Ted pun dikerumuni oleh mereka yg ingin melihat work Hamlaw dikoyak, sementara itu Shamshahrin & lain-lain guru terus berbincang dengan para peserta lain. Che Mat tiba sedikit masa selepas sessi mengoyak berlangsung & terus berbincang dgn sekumpulan peserta tentang "beyond photography".
Sessi berjalan rancak dan kemuncaknya adalah group photo oleh OP Bro Sirreh yg dibantu Ted & Jaggat untuk setting lampu denyar. 
Pada akhir sessi, para peserta tegar yg masih mahu berbincang dengan Bazuki & Che Mat - terus berbincang, sehingga akhirnya kami bersurai pada lebih kurang jam 4:20am.
Aku sendiri tak pasti berapa ramai yg hadir, tapi memang ramai aaa...kira kalau campak D3/5DsMkii kat tgh2 crowd yg hadir, harapan nak jumpa kemra yg dicampak tu agak amat tipis laaa juge.....weeeheheheeh!!!
Terima kasih yg teramat-amat sangat kepada Bro Sirreh yg sudi menjadi OP TT ini & juga bagi aku tumpang BMW-Mini Cooper-S beliau utk dtg & pulang TT ini....
Personally saya rasa terharu & gembira kerana dapat berjumpa & berbincang topik-topik yg sangat menarik bersama Shamshahrin, Bazuki, Che Mat, Ted, Daniel Zain, Moqh, Engku, Jaggat, Pencerita, Pyan, NapieMM, Ian, A.G, Rahman & Vigs (yg 3 orang ni selalu la nak jumpa sebab ada project tegar in the making!). Terubat juga rasa rindu dah terlalu lama tak jumpa rakan-rakan yg mula-mula dahulu berguru dengan Imagemaker & profrssional lain, terkejar sana-sini untuk medapatkan shots & ilmu dalam bidang yg kami gemari - photojournalism & documentary photography - Ian Ahmad, Zayd, Angah, Pojie, A.G, Raydcza, NapieMM, Pevey, Mahza, Hamlaww, Appen...dan bertemu semula/ berkenalan dgn bro2 PhotoSchool lain yg hadir - Kareem2, Musz, Acaii, Samsudds, Gamafaqs, Arelan76, HadiNor, RaffixAlias, AkmalAdnan....dan lain2 yg saya tak larat nak tulis semua (ngantuk siot!!) - Tabik kat korang sebab sanggup berembun malam sampai ke sahur hanya kerana minat yg mendalam dalam bidang photography!
InsyaAllah Bro Sirreh upload gambar TT untuk tatapan semua & harap-harap semua orang sudi memberi sepatah dua kata tentang apa yg mereka perolehi pada sessi TT kali ini.
KUDOS semua!! 
Sekarang masa untuk aku pengsan daaaa..."
bila ada yang ajak buat sebulan sekali, ini pula katanya...
".......Salams,
Hmm....nak buat selalu, aku bukan nak mematahkan semangat korang ke apa tapi...macam ni laa...fikirkan dalam-dalam:
1) Berapa kali korang nampak aku bagi input/ comment kat PhotoSchool?
2) Berapa kali korang nampak professional & established shooters lain bagi comment kat sini juga?
3) Bila dah professional, masa adalah terhad. Nak turun tiap2 minggu tak boleh laa, sebulan sekali pun tak tentu...sebab tu kalau korang perhatikan, berapa kali aku ada buat TT open utk semua? Tak banyak kali (Masa aku duduk kat Kajang ada laa juga boleh kira banyak laa tapi yg turun mmg geng yg sama...kdg2 jer open sebab tanak buang masa mentor2)
4) Nak buat talk tiap-tiap bulan oleh professional - boleh..tapi quality sambutan & quality talk & quality mereka yg datang macam mana? Sendiri mau bajet laaa, kita pun tahu ramai yg lebih senang beri alasan drpd berusaha untuk turun & batalkan apa2 appoinment lain yg kurang penting...mungkin bukan kat TT yg aku buat ni la sebab aku dah sound awal2 tak dpt dtg tak yah la bagi reason, kitorang nak organize utk yg boleh datang bukan yg tableh datang! 
5) Aku rasa masih ramai lagi yg tak berani nak bagi gambar utk di"koyak". Apa pun alasan, simpan ajer, tak minat aku nak tahu. Aku boleh kira dengan jari jer berapa orang yg datang & bagi wortks mereka utk dikritik & diberi input oleh para pro-shooters malam tu. Kalau SEMUA berharap ada orang lain yg akan bagi gambar & korang semua pakat duduk belakang & dengar...sampai bila laaa kita semua boleh sama-sama maju kan?
Aku nak kongsi sesuatu yg bukan utk berlagak tapi utk korang ambik iktibar....masa mula2 berguru dgn Ted, Shamshahrin dan lain2 dulu kitorang BERLUMBA-LUMBA untuk keluar buat assignment (bukan outing shoot suka2), lepas tu arrange TT dgn mentor & berebut untuk dpt time gambar dikoyak. Kalau miss satu session tu memang rasa ralat abis, memang akan rasa bersalah & member2 lain akan bagitau apa yg berlaku & apa yg kena buat seterusnya. Sanggup set session lain dgn mentor kalau dia ada masa. Bila kena kritik, tak tunggu lama, hujung minggu lagi satu tu jugak akan keluar re-shoot kalau tadek apa2, malam balik terus tunjuk works kat kawan2 seperjuangan mintak komen & input mereka, kalau rasa tak semenggah lagi, turun re-shoot. Bila dah rasa ada yg sesuai untuk panggil mentor turun baru la set.
Lepas tu, bila dah dua tiga kali works kena koyak & buang longkang kita akan tahu camana nak improve cepat & bila kena re-shoot akan pastikan yg kita akan jadi lebih teliti & tak mahu buang masa kita & mentor....setiap kali keluar shoot mesti ada improvement, untuk diri sendiri & untuk mentor2 yg dah sanggup luangkan masa utk kasi input...
...bukan main outing shoot suka-suka aje, ramai2 turun shoot orang2 ke apa2 ke apa2 laa yg patut, pi adjust sana sini sikit, semua orang puji, tak cukup lagi pi panggil ramai-ramai turun TT meriah-meriah, abis meriah balik tidor....happy cukup, tapi input berguna? tu syiok sendiri namanya bang!!
Berbalik pada malam TT Ramadhan - TT tu memang OPEN untuk sesiapa sahaja bagi gambar untuk di kritik...tapi yg bagi gambar berapa orang, sila angkat tangan?
Yg aku perasan adalah dalam 3 orang jer....HadiNor, Sirreh, & Hamlaww (Hamlaww patutnya tableh kira sebab dia dah agak biasa kena koyak gambar dgn pro-shooters & dah pernah pun di invite utk tag along job dgn Ted Adnan, so level Hamlaww dah lain laa dr yg baru nak kenal apa itu input sebenar dr pro-shooters)
POINT aku - TT yg aku lakukan memang untuk QUALITY TIME bersama PROFESSIONAL sebenar, bukan TT biasa-biasa "kalau ada gambaq bak mai sini laa kita tengiok ramai-ramai" punyer style. nak buat bulan-bulan - silakan, contact la mereka, aku tak sanggup kerana aku respect time mereka sebagai professional & tahu masa bila perlu minta mereka meluang masa untuk beri input terhadap works berbaloi untuk mereka bagi input.
Lain kali aku nak pastian yg kurang2 20% akan bawak gambar untuk di komen....sebab ada beberapa pro-shooters lepas abis TT hari tu bagi feedback - budak-budak ni masih terlalu ramai yg tak berani mcm kitorang dulu...
Ok aku harap korang faham....bukan nak marah - tidak. Bukan juga aku nak matikan plan korang nak buat bulan2 punyer acara. Aku cuma nak BAKAR jer semangat korang & BUKA MINDA korang yg dah lama bergeng & ber TT kat Photoschool ni..
SHOOT MORE SOCIALIZE LESS!! Sampai la satu taraf bila nama kita boleh diingat oleh beberapa pro-shooters sebab gambar kita dah sampai ke level tertentu "...bukan setakat kita shoot gambar cantik sahaja sebab semua orang boleh shoot gambar cantik" (haa siapa ingat berapa banyak kali frasa ini diulang-ulang oleh pro-shooters pada malam itu sahaja?
Boleh ke kita nak achieve "beyond photography" kalau hujung minggu jer melepak dgn geng yg sama berTT, esoknya bangun lambat, shoot pun benda yg anak aku boleh shoot dgn 2MP camera lepas tu pakat ramai2 kata waaahh lawa laaaa chun laaaa terbaek laaa ....puji & komen gambar org lain laju jer, tapi gambar sendiri bawak kat pro-shooter utk dikomen tak laju ler plak! 
Jangan risau, siri talks, forum secara langsung, workshop, aku pasti akan berlaku juga, Tuan Gurubesar kita aktif dgn aktiviti utk menaikkan taraf fotografi di negara kita ni, untuk korang juga, kalau dia ada buat tu join la, buakan rugi pun kalau join.
Talks oleh Bazuki, Sham, Ted pun pasti ada....tapi bukan lah tiap2 bulan...diorang bukan "Penceramah Motivasi" dan diorang ada family & aktiviti yg diorang utamakan...sesekali tu boleh la....
POINT aku - Banyak aktiviti professional yg berlangsung, kena rajin follow & jgn harap orang lain ajer untuk beritahu/ ajak...paling senang - bila kita dah dikenali oleh mereka sebab (lagi sekali) sebab gambar kita dah sampai ke level tertentu "...bukan setakat kita shoot gambar cantik sahaja sebab semua orang boleh shoot gambar cantik" kita akan diberitahu oleh mereka sendiri nanti....amacam?
Yg pastinya, mereka yg telah berinteraksi dgn pro-shooters dah bagi gambar utk dikoyak, lepas ni kalau ada lagi dah tahu laa apa yg mereka perlu improve utk dpt status "Gambar ni Keeper/ Lulus".....sekarang korang dah tahu laa, korang boleh achieve tapi kena serious & buat betul2 laa, kan?
Peluang dan bentang chantek....tapi camana aku nak tolong lagi laaa kalau korang tanak amik itu peluang.....kan?
OKEH...terpulang apa korang nak buat lepas ni. Yg pastinya walaupun mereka tak selalu bergentayangan dalam forum ni, kalau perlu & kena masa, seasoned shooters akan turun untuk mmembantu kawan2 semua...asalkan jgn masih duk kat takuk sama laa setiap kali ada sessi...fikirkan ok?
....."
reply by ian ahmad...
".....Salam semua..secara menyeluruh TT ini berjaya mengumpulkan rakan2 yang baru dan sama2 berjuang untuk jadi yang terbaik, kehadiran yang sangat hebat dan diluar jangkaan dengan adanya crowd puller seperti che mat, bazuki, ted adnan, shamsyarin, engku, napiee, rahman roslan, torque dan Vig...tapi....
Peluang yang ada ni hanya berjaya di hidu oleh beberapa nama yang disebut oleh Torque di dalam komentarnya yang akhir tu,.. jangan jadikan alasan tiada komputer riba tak boleh tunjuk gambar untuk di kritik., saudara Ted dah bagitau dah, bawak gambar yang di cetak juga bisa di kritis!...hampa sungguh pro yang datang, untuk pengetahuan semua, seperti yang telah diceritakan oleh Torque, waktu dulu semasa kami mula2 nak bertatih dalam photojournalism, untuk kami berjumpa dengan pro2 hanya untuk mendengar kritikan, amat sukar sekali dengan masa dan tempat yang terhad dan juga rasa tak yakin dengan work ( ye la, time tu mana ada orang nak guide, paling hebat pun refer internet or majalah) untuk di kritik.. tapi bila dapat je peluang..pergh!, kami punya sessi TT akan bertukar jadi sessi soal jawab SPRM..selagi aku tak dapat distress call dari isteri suruh balik, selagi tu aku akan teruskan, oh, ya..time tu aku takde komputer riba, aku bawak gambar yang aku print, 4R je .. tapi lepas dah 2-3 kali Shamsyarin tegur pasal tak puas tengok, aku gagahkan diri setiap kali nak jumpa dia, aku mesti print A4 supaya aku dapat tunjuk rasa serius tu dan senang juga dia nak crop ke atau terus koyak..wergh!..walaupun sesekali hentak meja, kerusi terbalik, baling cawan kat dinding tu biasa, tapi alhamdulillah, Shamsyarin tak pernah sekali pun anggap soalan2 kami tu macam sampah, selagi dia boleh jawab, dia akan jawab secara details dan menyeluruh sekali..tapi bersyarat, jangan pula bila dah berbuih mulut cakap dan bersoal jawab, lepas tu kita tak praktis.. kalau camtu berkarat la..set satu hari, ajak kawan2 dan shoot!...."
reply by shamshahrin....
"......Torque, kata2 ko tu buat aku terkenang masa dulu la... Masa Rahman, Ko & Pyan mula2 start PJ tu.. Aku ingat lagi bila aku set target utk Rahman...Angkor PhotoFest for free!!.... `Ikut aku, dgr cakap aku, bila aku rasa layak, sure ko layak..'
Aku tak tau la berapa bakul maki cerca, sumpah seranah yg Rahman, ngko & pyan dpt dari aku.. Aku mintak maaf la kalo korang terasa hati... cuma matlamat aku masa tu adalah utk korang maju dan berjaya dlm field ni.
Korang memang tebal telinga (3kaki, 4 inci)... telinga korang 20 kali lagi tebal dari bullet proof jacket... Alhamdulillah, sekurang2nya korang bertiga dah boleh compete dgn aku,.. malah Rahman skrg ni jauh lebih berjaya dari aku..
Sebenarnya, aku cuma buka pintu je utk Rahman, ngko & pyan.. selebihnya korang punya effort. Rahman berjaya slps dpt ke Angkor, berguru dgn pro kt sana .. lps tu jadi lagi bejaya lps beguru dgn Ron Haviv di India... pyan juga berguru dgn Ron Haviv di Mexico...pro yg level lagi tinggi dari aku....
Aku cuma tumpang bangga je bila tgk kawan2 aku berjaya... aku berterima kasih jgk pada korang bila ingat kat aku n bwk balik souvenir bila korng balik dari trip korang.... sekurang2nya rasa berbaloi dpt dgr pengalaman korang...
Well, mungkin masa dah berubah... tak boleh salahkn newbies.. mungkn citarasa diorg lain, cara diorg lain...
Aku xder buat kelas... cara aku kongsi ilmu is thru TT session je... mungkin lebih mahal dari kelas sbb korang kena dtg dari jauh, spend masa, bayar teh dll... Buat kawan2 yg pernah dtg dan belanja aku teh dan dengar aku maki hamun korang... aku ucapkan terima kasih...
Apapun cara newbies nak dpt ilmu, kita sokong je la.... hopefully kita dapat create another Rahman, Torque, Pyan, Angah, Aizuddin, A.G, Ian dll....
Gud Luck n thanks for coming to Torque's TT...."
Torque reply back.....
"......Assalamua'laikum,
Thanx for the feedback & reponses....yg lain2 tu kalau ada kesempatan tulis laaa sikit untuk kongsi apa yg kamu dapat untuk kawan2 yg tak sempat hadir pada malam itu, insyaAllah.
Terima kasih yg tak terhingga kepada semua yg hadir.
Terima kasih & "wa salute lu olang" kpd professionals & seasoned shooters yg hadir & sudi berkongsi pengalaman bersama kami semua.
Aku agak terkilan sebab tak dpt borak panjang dgn mentor aku Shamshahrin tapi tak apa insyaAllah ada masa lagi kita jumpa bagi peluang kpd newcomers untuk berkenalan & berborak dgn beliau.
~ equipment aku cuma D70s dgn kitlens....tak pernah Sham/ Bazuki/ Ted / Zainal Halim & lain2 shooters tanya apa kemra & lens aku pakai bila turun assignment....tak ada f2.8, lens f3.5, f4, f5.6 pun boleh, hayun jer...
Apa-apa pun aku memang respect insan yg bernama Shamshahrin ni, sebab dgn tunjuk ajar dia laa dah berapa orang dah yg berjaya capai level tertentu dalam documentary photography & photojournalism. Mungkin sudah pun menjangkau "beyond photography" - seperti yg Che Mat bincangkan pada malam tersebut.
Dapat coaching drpd Shamshahrin memang terlalu berharga, tidak dapat disangkal lagi. Susah-payah dia korbankan masa & RM untuk "protege2" dia, dah lah belajar free, dia plak yg sponsor minyak & kdg2 makan pun dia tak bagi bayar...murah rezeki brother kita seorang ni, insyaAllah.
Aku bukan UP Shamshahrin @ Imagemaker...cuma ceritakan yg sebenarnya, yg mungkin ramai tidak tahu. Nampak sempoi, mcm tak larat jer nak angkat 350D tapi...sendiri mau ingat laa...
TT kali ni dan dalam report ini juga banyak membuka cerita apa yg telah kami lalui....set assignment tegar, turun berjuang mcm betul2 kerja dgn international press, shoot side-by-side dgn Bazuki, Zainal Halim, Badris dan lain2...telinga tebal dr bullet-proof, kena "kutip syiling 5sen", meja terbalik sebab gambar mcm budak tak pernah pegang kemra,...mcm2 laa...tapi bila kira balik, tak sampai 5 tahun sebenarnya....tapi pengalaman & ilmu yg dikongsi, kesungguhan Sham & sifu2 lain membantu kami utk mencapai level yg kami target...memang sampai akhir hayat akan kami ingati & akan terus kami respect.
Nasihat aku - jangan buang masa - buat shoots yg berfaedah, build up your skills & portfolio mcm Bazuki cerita....umur aku kalau aku bagitau memang korang gelak laa, I start late - sebab aku tak mampu nak layan masa muda2 dulu - but I have reached my targets (plural!) and moving on to the next...insyaAllah. Kalau aku yg ada kerja yg demanding, family man & tak banyak masa terluang boleh turun berguru dgn org2 yg lebih berpengalaman & sesetengahnya jauh lebih muda dr aku (mcm Rahman laa contohnya) - apa alasan korang yg bujang2 & tegap2 muda2 belaka nih? Nak tunggu ada D3 / 5dsMkii ke baru nak start bersungguh-sungguh? 
So, untuk yg lain....terpulang laa apa yg kamu nak buat selepas ni....tapi dah ada seorang dah PM aku & dah bagi idea assignment yg dia nak buat & mintak kami bagi input bila selesai nanti.....amacam?....."
reply by Rahman.....
"......Salams all,
Lame dah tak post ape2 kat forum..tergerak nak tgk gmbr TT harituh, so log in, and bila baca komentar Torque, and Shamshahrin..wooo..menyingkap kenangan lama...=)
Bila i saw so many people berebut2 nak dengar from Bazuki, etc..
teringat zaman dulu2, time aku baru nak cari haluan.
Shamshahrin yang sambut tangan, dan tunjukkan jalan.
Alhamdulillah, after 2 years, aku pun tak sangka,
photography bawak aku ke dunia,
yang aku tak pernah terlintas nak lewat,
jumpa orang yang aku tak terlintas nak ketemu,
apalagi duduk semeja dan berkongsi pendapat,
walaupun mengenai cuaca, dan of course dunia.
betul kate sham dulu, workhard, will always pays off.
Kalau lembap, ketinggalan.rugi.rugi besar.
tu lesson yang paling penting aku belajar dulu dengan sham.
sebab aku slow giler dulu.
tak faham yang dalam dunia photojournalism,
survival bergantung pada how fast you grab the chance.
how fast you learn, and make full use of it.
no tangguh2, just jalan, you'll find your way.
mungkin ramai yang tengok side yang best2 je psal PJ ni.
tak ramai yang tahu side yang tak best.
side tak tido, tak cukup makan, tak cukup duit nak isi minyak untuk pergi berguru,
tak cukup ape2 lah yang tak cukup.
biasenye, lagi kita nak, lagi dia tak cukup.
yang tahu, kita dan DIA.
tapi Allah itu maha Adil,
lagi kuat kerja,
lagi banyak diberi.
dulu tak nampak,
tapi sekarang,
aku dah mula lihat,
impian dulu tukar jadi kenyataan.
dulu mimpi nak publish work.
dah pun publish.
dulu mimpi nak travel to jakarta, slum area..nak amik gmbr ala2 natchwey,
dah pun sampai, published the work.
dulu mimpi nak kerja dengan big big names macam NYT.
can you imagine the feeling kalau you all dapat a call from them,
asking to shoot for them ?
Alhmdulillah, it is within reach now.
feeling too,
yang bayar semua penat lelah,
dari awal.
dan lagi atas kita panjat, lagi luas kita nampak,
lagi banyak rupanya yang kita tak tahu.
sampai sekarang,
detik ini,
aku masih belajar,
dengan yang baru dan lama.
belajar dari sikap,
pemikiran,
dan determination korang.
lagi bakar semangat aku nak buat,
nak sampai ke mana jua yang aku ingin sampai.
photography is a self discovery,
dont stop and be comfy,
than you will run,
even InsyaAllah,
fly..
so kawan-kawan,
learn wisely,
work like a pig,
wish you all the best!
InsyaAllah.
Thanks Sham =)....."
Bazuki reply, klik SINI...
sekiranya saya dapat join sama, pastinya banyak yang saya dapat belajar tentang fotografi... bila banyak ilmu yang mereka sampaikan, insyaAllah fikiran saya dalam bidang ni akan lebih terbuka... tapi sayangnya...... saya cakap dengan zara, nasib baik udey ismail tak turun jugak... kalau tak memang menangis lah...! huh!
::: EVENT 2 | OUTING HDR KOMUNIS by KUKUBESI :::
...gambar oleh mat...
laporan daripada antara idola saya iaitu kukubesi...
"syukur alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar
operasi outing pertama FOTORADIKAL MALAYSIA di bawah jajahan KUKUBESI MANIPULASI yang pada asalnya di jangkakan di sertai oleh komunis-komunis yang dah biasa aku jumpa adalah dalam 10-15 orang ( kategori komunis tegar), tetapi sehingga hari terakhir sebelum berlepas, senarai nama telah menjangkau kepada 30 orang, akan tetapi dengan izinNya, kehadiran pada hari kejadian telah meningkat kepada 60+ komunis yang menyerang pantai pengkalan balak.
kehadiran KOMUNIS FOTORADIKAL yang di luar jangkakan datang dari pelbagai lokasi seperti seremban, pahang, kelantan, johor, perak, kuala lumpur dan selangor. bagi memeriahkan lagi operasi ini, ada di kalangan komunis yang membawa keluarga isteri dan anak terchenta untuk bersama2 merasai kehangatan operasi kali ini.
seawal 2 petang ada beberapa komunis telah tiba di lokasi dan kedatangan sepenuhnya tepat pada pukul 4 petang dan setelah sasaran lokasi di temui makan konvoi kereta sebanyak 24 buah menuju ke satu lokasi yang menarik dan cantik, berhampiran kubur cina ( hmmmm awat kubur cina kali ni tak atas bukit plak???)
Ketua operasi outing kali ini di kepalai oleh KAPTEN KABIR MALEK , setelah ucapan ringkas dan ucapan geli-geli oleh beliau, komunis telah dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu kelompok SONGKET, kelompok KABIR dan kelompok MAYON MELODI. bermula jam 5 petang maka 3 kelompok ini berpecah kepada beberapa lokasi, tepi pantai, tepi pokok tempat orang beromen dan juga tepi kubur cina ( ini lokasi mayon melodi)
hampir 70% komunis pada hari kejadian berbuka puasa di pengkalan balak di dalam suasana yang penuh romantis, bertemankan pokok kelapa sawit dan berlatar belakangkan kubur cina. setelah mengalas perut dengan juadah istimewa seperti kuih muih dan air kosong maka berangkatlah komunis sekalian ke lokasi medan ikan bakar di kawasan UMBAI, perjalanan yang di sangkakan 20-30 minit dah cecah hampir satu jam lebih, melalui jalanraya yang penuh dengan lampu isyarat, di tambah dengan 2-3 biji kereta sahaja yang tahu jalan, di sertai dengan LIP LAP LIP LAP DOUBLE SIGNAL maka tibalah para komunis ke lokasi yang ingin di tuju, bukan UMBAI tetabai DUBAI wakakakkak.
masing-masing perut dan bekeroncong, lagu mawi ada, lagu siti nurhaliza ada, lagu tepok amai2 ada malah lagu tema melodi juga berbunyi. ketika sedang lahap dan gelojoh para komunis menjamu selera, satu nama telah mengejutkan suasana, "UDINNNN.. UDINNNNN.. SIAPA UDINNNNN" rupanya MAYON MELODI punya lauk daaaaa.... yang peliknya mana datang nama UDIN??? waakakakakak.. mari ramai gelakkan dia.. 1, 2 , 3 wakakaakakakakak
pukul 12.30 tghmalam semua komunis perut dan buncit macam kabir, penub longlai penuh penat penuh dengan sotong dan kerang, maka aktiviti terakhir ialah bergambar beramai2 di tepi lembu kat parking kereta... sapa punya lembu la tu.. FIRHEDER kot ....
setelah ANANAMRI dan MIE GERILA setup flash dekat 20 minit maka, group photo di ambil yang hanya memakan masa 2 minit.. klik klik klik habisssss... maka operasi bersurai.
p/s terima kasih kepada semua KOMUNIS yang datang memberi sokongan, salah silap, kekurangan harap di maafkan, kami insan biasa, kami hanyalah seketol komunis yang best dan macho... thanks alot
ACHUNG!!
***KB...."
bila baca semuanya, setitik-setitik hujan membasahi bumi... sebak...
nota kaki : tahun depan taknak jadi KK lagi...