Thursday, October 22, 2009

Here We Go Pulau Banding!

EKSPEDISI FOTOGRAFI HUTAN HUJAN BELUM-TEMENGOR

GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN

23 – 25 OKTOBER 2009

Kepada siapa yang tidak tahu kenapa saya ke Banding, boleh klik SINI

Pukul 1.00 tengahari ni saya akan bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas… dalam pukul 7 malam sampai lah… kemudian, bergerak ke tempat pak cik saya, bermalam di sana… pagi esoknya, saya nak ke Pusat Servis Nikon untuk servis sikit senjata saya ni… petangnya pukul 5.30, berkumpul di Menara Mustapha Kamal di Damansara Perdana… jika semuanya berkumpul tepat pada masa yang dijanjikan, pukul 6 mula bertolak ke Banding… saya dah tengok tentatif kasar program semasa di Banding nanti… siap ada mini pertandingan… saya jangka memang seronok gila lah nanti! Terima kasih kepada semua pihak yang berjaya menganjurkan program ni, terima kasih Forum Photoschool, dan terima kasih kepada sponsor yang banyak melabur untuk menjayakan program ini iaitu Kumpulan EMKAY, Institut Darul Ridzuan, dan Belum Rainforest Resort (BRR)… petang ahad, bergerak daripada Banding, balik ke Damansara Perdana… mungkin saya akan berhenti di tepi highway somewhere in Ipoh… kemudian nak tumpang lori ayam untuk balik ke Perlis… so, bila dah balik nanti baru saya report pasal trip ni dengan gambar-gambar yang InsyaAllah ‘cantik’… P e r a s a n ! Kekeke!

Nota kaki : tak tahan dah! Banding! Heaven! Holiday! Yaahhoooooo!

Wednesday, October 21, 2009

The Super Charge

minggu lepas, saya mendapat permintaan khas daripada kawan-kawan saya untuk tembak gambar mereka bersama gitar 'Gibson' tersayang... terus bersiap, terus menembak... macam biasa, Kay menjadi pembantu saya yang terbaik... lokasi yang dipilih, bilik air yang tengah baik pulih di penjara ni... tengah malam, 1 jam jugak lah menembak... daripada 100++ keping gambar, ni 3 gambar yang saya suka dan saya olah semula... 'The Super Charge' ni kononnya nama band mereka lah... ramai yang mencelah nak jadi model, tetapi ni sahaja yang ok... walaupun tak berpuas hati sebab resepi kawalan cahaya yang tidak berapa baik, sabar aje lah... jadi, ini lah 3 keping gambar yang ingin dikongsi bersama... enjoice with pictures yang tak seberapa nih... woahahaha!

::: IKIE :::


::: ADI :::


::: PALI :::



InsyaAllah akan ada lagi siri lain... mungkin nak buat siri 'budak kampung'... tengah mencari lokasi lagi... kalau boleh nak mencari seorang lelaki dan seorang perempuan... lelaki senang nak cari, perempuan...??? haih!

current mood : Demam Banding! This Weekend!

Thursday, October 15, 2009

Coming Soon | The Super Charge

akan datang, gambar-gambar band 'The Super Charge' yang saya shoot baru-baru ni... asik saya aje yang menembak, saya pun join skali... gambar di bawah ni ada gambar saya sendiri, versi asal dan versi dah edit... gambar asal by Kay, Edit by Me...

::: SELEPAS :::


::: SEBELUM :::


sebenarnya lama dah ada idea macam ni, cara edit pun senang, cuma sekarang baru terlaksana bila praktikkan idea tu... macam Hulk pun ada, macam toyol pun ada... masa post entri ni, saya dah dalam bas... balik rumah, nak rehat sepuasnya... so, bila saya balik Perlis semula, baru lah update lain... bersambung...

2nd VideoGrapher For Azrul | Wedding Elynn & Farid | TTDI 11 Oktober 2009

meneruskan perjalanan hari ahad dengan mengikut Abg Azrul (Berita Harian) pergi shoot video di sebuah majlis perkahwinan... ikut sekadar ingin mencuba sesuatu kelainan dan mencari apa jua ilmu yang saya minat... jadi, saya merupakan pembantu beliau pada hari tersebut di samping menjadi 2nd VideoGrapher... pada siapa yang tidak tahu, ini merupakan kali kedua saya join Abg Azrul... 1st time join dulu, saya shoot gambar lah dan masa tu mentah lagi... kalau nak tengok, klik SINI... video yang dihasilkan Abg Azrul, klik SINI... saya ada dalam video tu... untuk kali ni, kalau nak cakap pengalaman apa yang saya dapat pada hari tersebut, memang terlalu banyak lah... walaupun saya tak bawak kamera sendiri atas beberapa faktor, saya tidak kekok menggunakan kamera Abg Azrul dan VideoCameranya... dengan selamba buat macam barang sendiri, shoot dengan penuh komitmen macam job sendiri... walaupun hasil video yang saya dapat tak sehebat Abg Azrul, tetapi dapat jugak pujian daripada beliau... atas bimbingan beliau, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu dalam penghasilan video... masih lagi ingat apa yang beliau cakap pada saya selepas tengok video yang saya shoot.....

"start tahun depan kau pakai je lah baju aku ni...... minggu depan ada lagi, join lah..... nanti bagi saiz baju....." -Abg Azrul

saya hanya mampu tersenyum... beliau berkata begitu sebab beliau memang nak mencari Junior untuk team videonya... memang berkali-kali lah pada hari tersebut beliau mempelawa saya untuk join jadi junior... memikirkan saya masih lagi belajar, jauh tercampak di selatan Thailand, dan duit tu memang habis lah setiap kali turun KL, saya terpaksa fikir sedalamnya...


gambar di atas ni ialah gambar pasangan pengantin hari tersebut... percaya atau tidak, saya hanya menggunakan KAMERA HANDPHONE sahaja....! memang best lah kalau ada kamera besi saya...

kalau tengok gambar di atas tu, memang best la kalau dapat shoot betul-betul... FYI, Ahmad Fairus daripada My Photographer lah yang jadi jurugambar rasmi pada hari tersebut... Ahmad Fairus ni merupakan salah seorang Pro dalam wedding photography di Malaysia... walaupun sibuk dengan komitmen shoot video, tapi masa rehat, sempat lah berbual dengan Ahmad Fairus yang memang sempoi... sempat lah mengorek beberapa ilmu... tengok gambar-gambar dalam kamera beliau, memang meleleh lah...! Otai lah katakan... selesai semua kerja, balik rumah Apit dengan sejuta senyuman... penat yang sememangnya terlalu berbaloi... mandi, keluar makan dengan Apit, kemudian Apit hantar saya ke Pudu... balik, puas hati...

terima kasih banyak kepada semua yang terlibat dalam travel saya kali ni... jasa kalian, hanya Allah yang dapat membalasnya... malam ni, saya akan menaiki bas untuk pulang ke rumah... pulang seorang diri... insyaAllah kalau berkesempatan, hari sabtu ni saya akan join lagi Abg Azrul untuk shoot pengantin yang sama di rumah lelaki pulak... adakah saya akan jadi junior team video beliau...??? sabtu ni segalanya terjawab... InsyaAllah....
bersambung....

Wednesday, October 14, 2009

'AkuRockStar' With KukuBesi at Wisma Bently Music | 10 Oktober 2009

Salam... maaf sebab mengambil sedikit masa untuk update blog... masih lagi terasa penat travel hujung minggu di sekitar ibukota tempoh hari... perjalanan saya bermula jumaat petang, bersama pasukan ragbi maktab menuju ke Cheras... disebabkan driver bas bawak gila punya slow dan berhenti makan 3 kali, so, boleh agak lah berapa lambat baru sampai KL... tepat pukul 3 pagi baru saya sampai di hotel pakcik saya... makan, mandi, tidur... esoknya bangun dan berkesempatan melihat matahari terbit dengan chanteknya...! disebabkan terlalu penat & mengantuk, sempat Klik! dalam keadaan mabuk & gambar pun tak seberapa... mata terlalu pedih untuk melihat... tidur semula...


dalam pukul 2 petang, mula mengorak langkah demi langkah... destinasi pertama, Plaza Low Yat... memang tempat wajib kalau datang KL... sempat tengok beberapa barang baru yang menarik belaka... tak sabar nak beli laptop baru (insyaAllah pertengahan tahun depan)... destinasi kedua, Central Market... tempat wajib jugak... terus ke Annexxe Galery, ada event 'Right To Read Festival'... ramai jugak yang hadir dikalangan ulat-ulat buku... saya sempat singgah sekejap sahaja sebab nak menuju tempat lain pulak... dan sempat jugak jalan sekejap di tepian Central Market, layan lagu daripada penyanyi jalanan...


terus melangkah... destinasi ketiga, Mutiara Damansara... sebaik sampai, terus ke tempat kerja Apit... Apit have some break & we go to lepak2 lah... minum-minum, borak-borak, tengok awek-awek yang lalu-lalang, gelak-gelak, smoking, tengok awek lagi, gelak lagi... dah hilang haus, Apit sambung kerja, saya pula ke Wisma Bentley Music untuk menyaksikan pameran 'AkuRockStar' oleh KukuBesi... pada siapa yang tidak tahu, KukuBesi (KB) ni merupakan salah seorang idola saya dalam fotografi & editing... sampainya di sana, masa tuh Mr.Jayzuan tengah nyanyi last song... Sipot! walaupun tak kenal beliau, tapi suara beliau memang 'WOW!' lah...! lepas habis, BlueBirds pulak perfom... 1st time tengok BlueBirds live, 1st time juga dengar lagu-lagu mereka... memang best...! paling best adalah style rambut mereka... haha! kedatangan saya disambut dengan alunan muzik mereka yang memang layan lah dan sempat berjabat tangan dengan KukuBesi sebelum persembahan bermula...

"bila sampai....???" -kukubesi
"baru jew sampai.....(senyum)" -me



some photos of BlueBirds' Vocalist...




BlueBirds + Mr.Jayzuan (man in black with spec) + KukuBesi...


Kukubesi with awek-awek chomel daripada mana entah... daripada baju yang mereka pakai (merah), saya tahu dah yang mereka ni daripada Photomarathon Asia 2009 yang berlangsung di Sunway Lagoon pada hari yang sama... cess! buat gua cemburu ajek...! tapi dalam hati ni terdetik, kalau la saya ni sehebat KukuBesi, agak-agak ada tak awek-awek chomel yang berebut nak bergambar dengan saya...??? kekeke...! biar lah muka tak hensem pun... lalala....



Kukubesi + Beauty Emcee...


finally, saya & KukuBesi... And the most important thing is, we oso Rock meh...!



sekian sahaja... gambar tak banyak sebab best layan lagu-lagu BlueBirds... tambahan, masa BlueBirds buat persembahan, KukuBesi punya Flash kong... maybe disebabkan saya yang paling dekat dengan beliau masa tuh, terus mintak pinjam flash... senyum, hulur... then, tergendala lah saya daripada menembak... habisnya BlueBirds, ada persembahan lain, dan berakhir lah pameran untuk hari tersebut... sedikit demi sedikit beransur pulang, tetapi saya tetap tidak berganjak... dalam hati, "selagi KB tak balik, aku taknak balik...." haha! terus mendengar perbualan beliau dengan pungunjung yang hadir... sampai lah tiba masanya saya dapat bergambar dengan beliau... borak-borak sikit... dan pertemuan kali ni berakhir dengan saya menemani beliau (jalan berdua macam couple) ke Mc'Donald di The Curve... memang best sebab dapat borak-borak personal dengan beliau... dan paling best, beliau ingat nama saya (masa pergi UrbanScapes Jun lalu), dan beliau juga ingat dari mana saya datang iaitu Perlis... sepanjang jalan tu, sempat lah mengorek beberapa info berguna daripada beliau (dalam hati ni rasa macam dah lama kenal beb!)... sampainya Mc'D, tengok ada BlueBirds dan lain-lain, saya pun mintak diri... segan lah nak duduk semeja..! haha! balik, senyum lebar! =D

Apit habis kerja, balik rumah sewa, mandi, keluar makan dan jalan-jalan dengan Asrap, Abg Boy (kazen Asrap), dan 2 orang kawan Abg Boy...

bersambung......

Thursday, October 8, 2009

Here We Go Kuala Lumpur | Event

dalam 3 bulan terakhir untuk tahun 2009 ni, terlalu banyak event menarik yang diadakan di seluruh Malaysia... event seni, event fotografi, event muzik... senang cakap macam atok Astro tu, "macam-macam ada.....!" dan dalam hati ni terdetik... "kalau lah banyak duit masa ni........."


petang esok saya akan bergerak ke Kuala Lumpur... saya tumpang bas maktab yang membawa pasukan ragbi maktab saya untuk bertempur di IP Ilmu Khas, KL pada hari sabtu nanti... so, jimat lah sikit duit... sampainya KL tengah malam esok, mungkin lepak di Hotel tempat Pak Cik saya bekerja... kalau lambat sampai, mungkin merempat di mana-mana... haha! dan sabtunya barulah mula perjalanan saya... kalau boleh nak jugak tengok teman seperjuangan bermain ragbi... insyaAllah kalau berkesempatan... bermula petang sabtu, plan nak ke Wisma Bently Music di Damansara... saya nak tengok pameran solo Kukubesi, iaitu antara idola saya dalam Photographic... more info, here www.kukubesi.com and here homegrownspace.com.my... pameran solo yang bertemakan 'Aku RockStar' ni dijangkakan menarik dengan adanya penampilan khas beberapa indie band tanah air... berkonsepkan 'Open House Raya Version' untuk 2 hari terakhir pameran ni, rasanya memang ramai lah yang akan hadir... siap keluar kat Xfresh.fm semalam... so, siapa yang ada kelapangan masa, nak join saya jumpa kukubesi, jom jom jom! saya nak ajak kukubesi bergambar lagi macam kat bawah ni... gambar saya & kukubesi masa UrbanScapes pada bulan Jun lalu... lepas jumpa kukubesi, saya nak lepak dengan best friend saya masa sekolah dulu iaitu Apit & Asrap... malam tu mungkin saya tidur di rumah sewa Apit...


ahad pula, saya join Abg Azrul (Berita Harian) untuk shoot video di Dewan Komuniti TTDI, 11 pagi sampai habis event... saya ditugaskan untuk menjadi PA beliau pada hari tersebut... habis event, saya nak menuntut ilmu sikit daripada beliau... harap-harap, saya dapat belajar sesuatu yang berguna nanti...

pada 10 Oktober 2009 juga (sabtu), 'Canon Photomarathon Asia 2009' diadakan di Sunway Lagoon... tahun lepas diadakan di sekitar KL, tak dapat join sebab tak yakin nak masuk... tahun lepas dapat baca report je... tahun ni...??? dapat baca report jugak lah jawabnya... bukannya taknak mencuba, tetapi kekangan masa dan duit... sebabnya selain daripada pengguna Canon, pendaftaran kena bayar RM30... memang lepas ni kena beli Canon jugak lah... biar ada 2 kapal...

List Next Event :-

17 Oktober 2009 - Family Event (tunda bulan 11)...
23 - 25 Oktober 2009 - Pulau Banding with Photoskool & others (Confirmed) - baru sahaja menerima emel pengesahan & borang penyertaan...
29 Oktober - 1 November - Cameron Highlands with Zainal Halim (dalam fikiran, memikirkan duit & peluang, memikirkan Zainal Halim atau Shamshahrin pada bulan 12 nanti... mungkin go for Shamshahrin...)

so, lepas saya balik nanti baru lah blog ni update semula... siapa-siapa yang nak ajak lepak ke, nak join pergi jumpa kukubesi ke, contact lah ye... bersambung...

Wednesday, October 7, 2009

Pembangunan SK IPGM Perlis Yang Baru

Petang ahad lepas saya saja-saja shoot kawasan pembangunan sebelah asrama saya ni... saja nak tembak dan cuba edit... nak tambah eksperimen untuk resepi editing... sebelum ni pun pernah tembak kat sini, gambarnya di SINI... petang tu cuaca tak berapa nak best... dan hasilnya pun tak seberapa... ni 3 gambar yang sempat ditembak dan diedit...




sekarang ni nak tunggu cuaca best sikit, nak cuba lagi dengan resepi yang lain... bersambung...

Tuesday, October 6, 2009

Gambar "Keindahan Syawal" Untuk Pertandingan

Pertandingan Fotografi dengan tema "Keindahan Syawal" yang dianjurkan oleh maktab saya dah pun ditutup tarikh penyertaannya semalam... More info, klik SINI...

Sebenarnya ada banyak idea yang terlintas difikiran ni untuk memenuhi tema tersebut... tetapi disebabkan terlalu ghairah untuk balik dan luangkan masa bersama keluarga, hanya 2 idea sahaja yang sempat dirakamkan... jadi, ini hasilnya... 2 gambar ini yang saya hantar...


Gambar pertama ini adalah gambar adik-beradik saya + sepupu saya yang bermain bunga api semasa malam raya pertama... kemudian, saya mengarahkan mereka untuk membuat tulisan raya menggunakan bunga api tersebut... saya percaya ramai yang tidak tahu sebuah kamera boleh merakamkan gambar macam ni dan mungkin ramai yang akan cakap saya edit edit gila-gila gambar ni... kalau tak percaya, klik SINI, SINI, SINI, dan SINI...


Gambar kedua adalah gambar abg saya + sepupu saya yang 'show-off' mereka punya duit raya... masing-masing dah bekerja, tetapi koleksi duit raya tidak dilupakan... siapa pandai, meh cari mana abg saya...

hanya 2 sahaja idea yang sempat... idea-idea lain...???

# masyarakat yang shopping saat-saat akhir sebab nak murah... malam raya dan malam sehari sebelum raya memang rancak...! sampai sesak nafas nak melepasi lautan manusia...

# kereta bersesak-sesak saat nak balik kampung dan jalan raya sampaikan Kuala Lumpur lengang... for sure...! tak percaya, pergi la jalan sorang-sorang di KL pada raya pertama... jalan kampung yang sebelum ni pak haji yang pegang, terus bertukar macam ada Jom Heboh...! jalan dipenuhi kereta dengan lampu jalan warna-warni... chantek....!

# bermaaf-maafan di pagi raya... yelah... dah bertahun-tahun kononya tak jumpa... belajar pulak sampai ke hujung dunia... sampai berbaldi-baldi air mata masa mintak maaf...

jadi, saya harap ada yang enjoy dengan gambar ni... ini sahaja yang termampu sebab perasaan ghairah nak raya mengatasi segalanya... kekeke! menang...??? tak mengharap pun nak menang... saya masuk pun cuma nak kongsikan idea raya saya dengan semua... =)

The Best TT Ever With Shaiful Rizal | 3 Okt 09

sabtu lepas saya join TT geng Perlis... TT mingguan/bulanan macam biasa... cuma kali ni lain sikit sebab ada tetamu khas iaitu Shaiful Rizal... siapa yang nak kenal beliau lebih lanjut, klik SINI... kebetulan dia balik kampung belah isterinya di Perlis, maka join lah skali TT... TT bermula lebih kurang pukul 9.30 malam, dan Abg Shaiful datang pukul 10 malam bersama Abg Din... seramai lebih kurang 10 orang yang sempat join TT malam tu...

sebelum ni, saya pernah jugak melawat blog beliau beberapa kali... dan saya anggap beliau hanya seorang photo journalist... sebelum beliau sampai, Fitri ada cakap yang Shaiful Rizal ni ialah ex-CandidSyndrome... "aiyak....!" tepuk dahi lah saya...! sebaik sahaja beliau sampai, majlis dimulakan, dan Kay pun menunjukkan beberapa keping gambar untuk dikomen & dikritik... masa tuh memang dah menyesal gila tak bawak gambar... selesainya Kay, mula lah soalan demi soalan oleh saya... soalan pertama yang membunuh,

"Abg dulu dengan CS ke...???" "Kenapa keluar...???"

FYI, saya memang mengikuti segala perkembangan CS dan saya banyak cari maklumat tentang sejarah CS yang diasaskan oleh Boss Garangest nya iaitu Saiful Nang... memang saya ada tahu tentang 3 orang jurugambar yang telah disingkirkan pada 4 tahun lepas (masa awal penubuhan CS)... dan saya juga banyak mendengar cerita tentang ini, tentang itu, tentang CS daripada jurugambar-jurugambar lain... bila terlalu banyak cerita daripada pelbagai pihak, memang banyak lah yang bercanggah... secara jujurnya, saya memang minat CS dan antara idola saya juga adalah mereka yang berada di CS... tetapi banyak cerita yang tidak sedap didengar sebelum ni... memang banyak rahsia & kebenaran yang terbongkar pada malam tu... walaupun abg Shaiful dah penat cerita pasal ni selama 4 tahun keluarnya beliau daripada CS (ramai yang bertanya), tetapi beliau tetap menjawab pertanyaan saya... walaupun jawapan yang diberikan ala kadar, namun saya tetap berpuas hati dengan ceritanya...

saya (hijau), Abg Shaiful (kuning), Fitri (putih), Kay (hitam putih)...


sepanjang TT malam tu, sebaik sahaja beliau sampai, memang saya duduk sebelah beliau sampai habis TT... walaupun mulanya beliau malas nak cerita pasal CS, kemudian ada jawab sikit-sikit, tetapi kebenaran tu lebih penting... saya tidak berputus asa dan terus bertanya... macam memaksa beliau bercerita pun ada... tetapi terpaksa jugak kawal soalan saya supaya beliau tak hilang mood dan marah... hehe! bila mula bercerita, dah geram sikit, mula lah... touching beb! haha! order lagi air, hisap rokok sebatang dua, relaks balik... haha! selain pertanyaan tentang CS, banyak jugak yang saya bertanya tentang lain... banyak jugak gambaran tentang PhotoJournalism yang dikongsi oleh beliau... bertambah ilmu saya dan cerah sikit lah jalan yang menanti...


masih lagi tak puas, tanya lagi pasal CS... sampaikan beliau,

"tak habis lagi.....???"

haha! tanya elok-elok, sambung lagi cerita... tanya lagi, tanya lagi, tanya lagi... sempat jugak kongsi koleksi cerita yang saya dengar sebelum ni... ternyata tanggapan saya benar... siapa betul, siapa salah... sempat jugak buat rumusan cerita... dan malam tu jugak, beliau banyak bertanya kepada saya sebab saya paling banyak bertanya...


TT berakhir pada jam 2.30 pagi kerana kedai pun dah nak tutup dan MU pun dah seri 2-2 dengan Sunderland... akhir sekali, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau yang sudi meluangkan masa dan menjawab segala pertanyaan saya... jika saya serius untuk belajar, beliau sedia menunjukkan jalan... beliau suruh saya terus jumpa sifunya iaitu Zainal Halim... insyaAllah satu hari nanti bila dah betul-betul bersedia...

saya berharap lepas ni dapat jumpa lagi 2 orang individu ex-CS... dan akhir sekali jumpa Saiful Nang... banyak lagi yang saya nak korek, banyak lagi kebenaran yang perlu dibuktikan, dan saya mempunyai satu idea menarik jika semuanya tercapai... InsyaAllah... Amin...

Monday, October 5, 2009

Final Gerko Permainan Bola Keranjang | Semester 2 / 2009

kemuncak gerko permainan semester ni dah pun berlalu dengan pertandingan yang simple pada khamis lepas... tiada apa yang nak dicakapkan, cuma nak kongsi gambar terakhir bersama pensyarah pembimbing iaitu En.Latfi...


terfikir untuk print gambar ni dan hadiahkan kepada En.Latfi... sebagai kenang-kenangan, tanda jasa beliau, dan akhir sekali belanja kami makan...

nota kaki : 5 hari lagi | Kuala Lumpur

Saturday, October 3, 2009

The Hardest Part In My Life

buat masa sekarang ni, terasa macam ada bomb jangka yang tunggu masa aje nak letupkan kepala otak ni... terasa agak tertekan buat masa sekarang... terlalu banyak perkara yang menghantui fikiran... memang penyakit pening kepala ni terus datang balik setelah lama dah tak merasa... tidur pun dah tak bernafsu dan tak nyenyak seperti sebelumnya...


::: The Hardest Part by Coldplay :::

"....And the hardest part
Was letting go, not taking part
Was the hardest part

And the strangest thing
Was waiting for that bell to ring
It was the strangest start

I could feel it go down
Bittersweet, I could taste in my mouth
Silver lining the cloud
Oh and I
I wish that I could work it out

And the hardest part
Was letting go, not taking part
You really broke my heart

And I tried to sing
But I couldn’t think of anything
And that was the hardest part

I could feel it go down
You left the sweetest taste in my mouth
You're a silver lining the clouds
Oh and I
Oh and I
I wonder what it’s all about
I wonder what it’s all about

Everything I know is wrong
Everything I do, it's just comes undone
And everything is torn apart

Oh and it’s the hardest part
That’s the hardest part
Yeah that’s the hardest part
That’s the hardest part...."


gambar di atas ni, gambar saya masa saya main bola keranjang... ikutkan hati memang tak nak datang dah sebab terlalu pening kepala... kepala macam nak pecah... memikirkan markah, paksa jugak diri datang... melepaskan tekanan dengan melontar bola keranjang... tekanan ni membuatkan air mata tu murah sangat... semurah gula-gula getah yang dijual di kedai Ah Seong...

gambar di atas tu ada 2 versi, gambar asal yang ditembak oleh Labong menggunakan kamera saya, dan gambar yang dah diolah semula oleh saya... saya memang tak larat nak pegang kamera masa tu... trimas Labong sebab tembak gambar saya... tekanan ini juga diatasi dengan mengolah gambar... cess!

dengan ini, nak berehat sebentar daripada blog... tekanan melanda... siapa yang nak dengar lagu 'The Hardest Part by Coldplay' tu, klik SINI...

berehat sebentar... bersambung... Salam....

Friday, October 2, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah | Day 7

raya ketujuh, awal-awal pagi lagi dah bangun sebab nak hantar Aro & Apai balik rumah... hantar awal pun sebab Aro nak ke KL... lepas hantar mereka, sambung tidur... then pukul 10 pagi saya ke rumah Zara.. ada kenduri untuk baby Zara... Majlis Berindoi & Berzanji... tak pernah join majlis macam ni sebelum ni... Along Ijoy & Kak Su suruh saya tembak gambar dan buat album... so, menembak lah saya... tapi gambar tak banyak sebab agak blur pasal perjalanan majlis dan saya pun tak tahu nak tembak apa... maybe sebab first time join... keseluruhannya, memang enjoy dapat join setiap event family Zara... semakin kerap join, semakin rapat saya dengan family Zara... masing-masing dah layan saya macam family sendiri... (sayu)

petangnya balik rumah terus pengsan sebab tak cukup tidur... malamnya, keboringan dan kebosanan... dan malam tu, jumpa seekor cengkerik ni... macam dah cedera dan susah nak terbang... apa lagi, capai kamera, klik! klik! klik! so, ini cengkeriknya...






gambar-gambar baby Zara, nanti nak masuk lain... sekarang ni sibuk sikit... bersambung...

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah | Day 6

raya ke-6 bersamaan hari jumaat yang lepas, saya duduk rumah sahaja... tiada plan untuk jalan raya... hanya menyambut beberapa orang yang datang beraya di rumah... petangnya saya ke rumah Zara... datang beraya ke...??? entah lah! macam datang biasa petang-petang aje... cuma bezanya hari raya + ada kuih muih raya + ada bihun goreng! nasib baik Zara yang masak... berselera lah jugak... hehe! walaupun kempunan sebab Zara kecik tiada di rumah, tapi takpe lah... masa beraya rumah Zara tak menembak pun walaupun bawak kamera... dok lepak-lepak + borak-borak dengan Zara dan mama nya... malamnya pula, asrap dan esah datang rumah saya untuk copy gambar raya... semasa menanti ketibaan mereka, sempat lah menembak beberapa keping gambar selepas mendapat sedikit idea... gambar lampu kelip-kelip aje pun... saje suka suki... bila tunjuk kat ayah saya, ayah saya dengan selamba nya cakap tak cantik... cess! nampaknya lepas ni kena fikirkan idea lain dengan menggunakan subjek yang sama...




lepas tu dalam pukul 10 malam, saya ajak kawan baik saya iaitu Aro, Apai, Apit dan Asrap untuk layan midnight movie... kami terus ke Jusco Seremban 2... movie pilihan, 'Momok The Movie'... memang macam haram lah movie ni... tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan... sebab cerita yang dipaparkan macam dah lapok... semua cerita hantu yang mereka ceritakan telah pun saya dengar banyak kali sejak kecil... huh! tapi memang gelak besar jugak lah dalam panggung sebab Apit banyak menjerit...! paling penakut Apai, tapi Apit yang menjerit... kekeke! Apit banyak terkejut... bila menjerit aje, kami yang lain ni gelak besar lah... awek-awek cun yang duduk belakang kami pun gelak aje tengok Apit... malu beb...! nasib baik gelap...

::: from left - Apit, Apai, Asrap & Aro :::

selesai wayang, lepak-lepak, makan-makan, jalan-jalan... balik pun lambat dan Apai & Aro tidur di rumah saya terus... nasib baik tak terlajak ke KL... kalau terlajak, kenyang lah kawan-kawan... haha!