dah beberapa hari berlalu... hampir seminggu... terdapat satu masalah yang telah kecoh, iaitu masalah daripada beberapa jurugambar yang sememangnya menjadi idola saya selama ini... masalah ini sebenarnya telah lama saya ketahui walaupun tak tahu hujung pangkalnya... tetapi ke mana sahaja kaki ini melangkah, pasti topik yang sama diperbualkan... sampai sekarang, dah kecoh dalam forum kesayangan, dah kecoh dalam facebook, dah kecok dalam sesi Teh Tarik, dah kecoh di mana-mana sahaja... dah macam topik paling panas dalam melodi... sampaikan orang awam pun dah tahu dan mula nak menyampuk tak tentu pasal... tuduh-menuduh sesuka hati... paling seronok, masalah ni dah pun masuk kes polis dan dah dirujuk dengan peguam...

saya sedar saya hanya seorang kerdil yang meminati bidang ini... walaupun mereka itu dalam kalangan 'Profesional', dan pastinya saya yang kerdil ini tidak terlibat sama sekali, namun saya juga turut kena tempiasnya sebab saya pun berada dalam industri yang sama... masalah bertambah besar dan ramai yang lain turut menerima nasib yang sama... hati bertambah sakit bila Abg Azrul yang banyak mencurahkan ilmu kepada saya selama ni, yang banyak memberikan peluang kepada saya selama ni, telah dibuang daripada %$#@&*! sungguh tidak adil sedangkan jasa yang telah dicurahkan tidak terkira... perancangan segala aktiviti untuk tahun depan kian pudar... walaupun masih 'ON', tetapi entahlah... paling menyedihkan, segala perancangan saya untuk cuti ni, tak tahu hala tujunya... sepatutnya, cuti kali ni merupakan cuti paling bermakna dalam hidup saya, namun apa yang terjadi sebaliknya... arghhhh.....!

sehingga kini, saya hanya mampu melihat dan mendoakan yang terbaik buat semua... saya sayangkan bidang ini, saya sayangkan industri ini, dan saya sayangkan mereka yang saya letakkan sebagai idola... saya berharap agar segala masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan dengan cepat... akhir sekali, saya sentiasa harap supaya impian saya akan jadi kenyataan....... Aminnn.........
*kedua-dua gambar di atas adalah gambar hiasan, koleksi gambar lama saya...