Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 | Azam 2010


tinggal berapa minit sahaja lagi sebelum melangkah ke tahun baru 2010... saya pasti pada ketika ini ramai anak muda yang tengah berpeleseran untuk menyambutnya di tengah kota raya... saya...??? bersama keluarga adalah lebih seronok! ikutkan hati memang teringin nak ambil gambar bunga api untuk buat koleksi, tetapi rasanya tak penting kot... perlukan rehat untuk memulakan azam & semangat baru... pastinya ramai yang dah pun mempunyai azam masing-masing termasuk saya sendiri... ini adalah azam saya untuk tahun baru 2010 ni... InsyaAllah.....

1. azam wajib setiap tahun iaitu nak berhenti merokok... sebenarnya dah lama tak larat bila rokok banyak mengganggu kesihatan & poket saya... woahaha! InsyaAllah satu hari nanti saya akan berhenti jugak... janji pada diri sendiri, InsyaAllah sebelum kahwin akan berhenti untuk selamanya... aminnn.....

2. saya nak belajar banyak perkara lagi... selain belajar secara formal dalam program ijazah saya yang sememangnya seronok tu, saya juga nak belajar banyak perkara lagi tentang dunia fotografi, dunia videografi, dunia perniagaan, kehidupan seharian dan kehidupan masa hadapan, dan belajar mengumpul duit untuk kahwin! yuuuhuuu! aminnn.....

3. saya nak tingkatkan kualiti kerja sampingan saya iaitu dalam bidang fotografi... saya nak belajar dan cari pengalaman dengan ramai orang termasuk belajar dengan idola-idola saya dalam fotografi... duit yang keluar untuk menuntut ilmu tu memang akan diusahakan dari masa ke masa... dan saya juga nak mencapai pendapatan sampingan dalam fotografi sebanyak RM15 000 pada tahun 2010... mustahil...??? "impossible is nothing guys....." aminnn.....

4. saya nak beli kereta... azam ni termasuk dalam azam tahun 2009 dan saya memang dah target untuk memiliki sebuah kereta sebelum umur saya mencecah 21 tahun... target ni adalah target saya pada 3 tahun lepas... saya masih ada 4 bulan, 27 hari lagi untuk menjadikannya realiti... masih belum terlambat... aminnn.....

5. saya nak tambah barang-barang koleksi peribadi saya... antaranya adalah Macbook dan aksesori-aksesorinya (lebih kurang RM4000), barang-barang kamera iaitu kamera kedua + lampu denyar (flash) + wide lense & telephoto lense (semuanya lebih kurang RM6000 - RM7000)... aminnn.....

bila fikir dua-tiga kali, mungkin agak mustahil untuk merealisasikan semuanya dalam tahun 2010 memandangkan saya ni agak boros dalam berbelanja dan makan... cuti ni sahaja saya dah habiskan lebih kurang RM2000++ untuk beli barang-barang kamera, barang peribadi, barang permainan untuk adik bongsu saya, makan makanan sedap-sedap dengan puasnya, belanja kawan-kawan makan, tengok wayang setiap minggu, dan macam-macam lagi... tetapi InsyaAllah semua azam saya akan tercapai jika saya berjimat-cermat mulai sekarang dan berusaha ke arah tu bersungguh-sungguh... InsyaAllah..... Amin..... nantikan.....

Selamat Tinggal 2009 | Selamat Datang 2010

Salam semua... dalam sedar, esok dah nak masuk tahun baru 2010... tinggal kurang 24 jam sahaja lagi untuk menghalau tahun 2009... kebanyakan orang dah pun set azam masing-masing... masalahnya, azam 2009 dah tercapai ke belum...??? woahahaha! tahun 2009 merupakan tahun "besarrr punyaaa....." bagi saya... terlalu banyak perubahan yang berlaku pada saya, terlalu banyak pengalaman yang saya lalui, terlalu banyak perkara yang saya pelajari... kalau nak cerita kat sini apa yang terjadi sepanjang tahun 2009, 3 hari 3 malam pun tak habis... jadi, saya nak cerita apa yang paling best...

tahun 2009 merupakan tahun "besarrr punyaaa....." sebab tahun 2009 lah yang banyak impian saya menjadi kenyataan... awal tahun 2009, impian saya untuk memiliki kamera DSLR tercapai... dan saya ada ceritakan di SINI... kamera besar, duit pun besar... setakat ni, dah RM7000 lebih saya habiskan untuk kamera saya... sedikit pun tak pernah menyesal... dunia fotografi banyak mematangkan saya... banyak yang saya dapat belajar... bukan fotografi sahaja, malah dalam kehidupan seharian dan dunia perniagaan... siapa yang rapat dengan saya, pastinya boleh nampak perbezaan saya dulu dan sekarang...

kenangan paling manis pada tahun 2009 adalah bila saya terpilih untuk menyertai Ekspedisi Fotografi ke Pulau Banding, Gerik, Perak anjuran Forum Photoskool.net yang kini dikenali sebagai Malaysia Academy of Photography Arts... ekspedisi ni mendapat tajaan Kumpulan EMKAY dan Institut Darul Ridzwan Perak... seramai 32 jurugambar terpilih menyertainya... ramai jugak jurugambar profesional yang turut serta seperti Che Mat, Torque, Ian Ahmad, Adli Ghazali, Wazari, Sani Rahman, Jidin, dan ramai lagi... masa tu, memang fikir banyak kali jugaklah sebab tak percaya bila terpilih... dan masa ekspedisi tersebut juga ada pertandingan yang mana saya memenangi kategori Foto Fauna Terbaik! Alhamdulillah..... gambar beruk saya mendapat tempat pertama kategori tersebut... group photo dan gambar saya ambil hadiah ni adalah daripada Abg Sirreh atau nama sebenarnya Ahmad Safir... inilah kenangan paling indah pada tahun 2009...

::: saya menerima hadiah :::


::: beruk ku bertuah :::


::: group photo :::
(saya dalam bulatan merah, sebelah Ian Ahmad - jurugambar NSTP)


cerita 2009 yang lain...??? tak larat nak cerita kawan... masih lagi ternanti-nanti detik 2010... rasa macam nak pergi shoot bunga api di Dataran Merdeka... tapi, malas... baik duduk rumah, habiskan masa dengan keluarga... lagi pun dah nak balik Perlis ahad ni... so, rehat! bersambung dan selamat datang 2010!

Wednesday, December 30, 2009

Suatu Petang | Motor Champion!



petang tadi, boring-boring, jalan-jalan la dengan motor lama ni... adek saya ikut sekali... motor ni kepunyaan ayah saya, beli masa pertengahan tahun 1979, masa ayah saya muda dulu... dah 30 tahun motor ni... simpan sampai sekarang, memang tak jual punya walaupun ramai yang nak beli... kawasan hutan ni area tepi rumah saya, dekat sahaja dengan Gunung Datuk... dulu masa kecik, ayah saya yang selalu bawak jalan-jalan kat sini... memancing kat anak sungai... bila dah sekolah menengah, saya selalu jalan sorang-sorang kat sini... merempit dengan motor champion ni... dulu bila tension je, merempitlah saya dalam hutan ni... dah sekian lama tak ke sini, saja-saja jalan petang tadi sambil bawak kamera... sempatla shoot beberapa keping gambar... apa yang seronoknya, saya berasa tenang sangat bila dapat jalan-jalan kat sini... sekarang ni memang nak rehat secukupnya sebelum menempuhi tahun 2010 yang lebih mencabar... sekian.....

Tuesday, December 29, 2009

Majlis Persandingan Nadzim & Rossyiedawati














Alhamdulillah... album mereka dah pun saya serahkan khamis minggu lepas... ini adalah entri terakhir untuk mereka... sebenarnya dah lama saya nak update gambar-bambar ni... tetapi disebabkan broadband sekarang ni SLOW sangat, so lambat la sikit update... dah setahun saya ambil gambar, ni lah antara pasangan yang paling best... terasa seronok aje shoot... tu yang gambar pun mencecah seribu lebih... enjoy! 1st time saya cuba upload video dalam blog... kalau boleh tengok, tengok la... huhu! kalau tak boleh, klik SINI untuk tengok dalam YouTube... dalam FaceBook pun ada...cuti sekolah pun tinggal beberapa hari sahaja lagi... tahun 2009 pun dah nak sampai ke penghujungnya... saya menanti-nanti tahun 2010 yang InsyaAllah akan memberi saya semangat baru... nantikan... bersambung...

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

Saturday, December 26, 2009

Another Great Weekend!


cuti sekolah pun dah tinggal hanya seminggu... hujung minggu ni, iaitu hari ini & esok, sebelum ni saya telah pun membuat keputusan untuk berehat di rumah... walaupun untuk hujung minggu ni saya mendapat lebih kurang 4 permintaan untuk saya shoot gambar kahwin & sebagainya, tetapi semuanya saya terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu... memang saya tidak dapat menerima sebarang tempahan untuk hujung minggu ni... tambahan, kebelakangan ni sakit kepala datang balik... saya putuskan untuk berehat sahaja... mintak maaflah kepada semua... InsyaAllah minggu depan baru sambung menembak, kerja terakhir untuk cuti ni iaitu di Seremban... walaupun semuanya dah ditolak, rezeki lain pula yang datang... Alhamdulillah... terasa terbayar bila dah tolak rezeki untuk orang lain sebelum ni... InsyaAllah, petang ni saya akan ke Hotel Hilton di Petaling Jaya untuk berjumpa 2 orang idola saya... walaupun dah lama nak sangat jumpa, baru sekarang dapat peluang... memang saya tidak akan lepaskan peluang ni... walaupun badan masih lagi terasa penat dan lenguh, saya akan gagahkan jugak... so guys, please pray fo me yeh..! InsyaAllah nanti saya akan update pasal ni... bersambung...

Wednesday, December 23, 2009

Malam Berinai | Nadzim & Rossyiedawati

Sambungan daripada entri ni... selepas selesai majlis pernikahan, saya dan asyraf terus pergi ke surau berdekatan untuk solat, mandi & rehat... lepas solat maghrib, kami lepak di bandar Kuala Pilah... jalan-jalan cari makan... dah kenyang perut, terus ke rumah pengantin semula untuk majlis malam berinai pula... malam tu tiada gambar best pun... semua gambar biasa... tapi masih lagi enjoy melihat gelagat adik-beradik abang nadzim yang 'dera' abang kesayangan mereka tu...








bersambung lagi untuk Majlis Persandingan mereka pulak... esok, saya & Zara akan ke Kuala Lumpur untuk hantar album mereka ni... esok jugak, nak jalan-jalan dengan Zara... nak shopping! woahahaha! bersambung....

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

A Teaser For Nizam & Narihan | Engagement

Salam... sedikit gambar intro untuk Majlis Pertunangan Nizam & Narihan yang berlangsung pada 20 Disember 2009 di Rembau, Negeri Sembilan... Narihan ni ialah kakak kepada sahabat saya Ikin... pada tanggal 20 Disember juga, genaplah setahun saya bergelar jurugambar... seronok & teruja... walaupun pada awalnya sedikit blur, tapi enjoy! disebabkan tidak berapa sihat, jadi lambat sikit untuk update blog... sorry guys! kepada Nizam & Narihan, selamat bertunang... so, layan la sedikit gambar intro... enjoice!









full entri akan menyusul... bersambung.....

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

1st Anniversary As Photographer


~ gambar diatas oleh Ali, Yan Kedah | edited by Syazwan Yazid ~

sebenarnya saya nak post entri ni pada 20 Disember 2009, iaitu ahad yang lalu... tetapi disebabkan ada tugasan dan saya terlalu penat sampai demam dibuatnya, jadi lambat la update blog ni... pejam celik, pejam celik, dah setahun saya bergelar jurugambar bebas/separuh masa... buat pertama kalinya saya bergelar jurugambar adalah pada 20 Disember 2008... masa tu adalah perkahwinan Narati & Bukhari... Narati ni ialah kakak kepada sahabat saya Ikin... disebabkan pengantin masa tu kekurangan budget untuk upah jurugambar, saya dengan semangatnya tawarkan diri jadi jurugambar mereka secara percuma... kiranya masa tu hanyalah untuk saya punya eksperimen awal dalam bidang fotografi... masa tu jugak, saya hanya menggunakan compact camera sahaja untuk tembak gambar perkahwinan mereka... gila kan...??? yup! memang saya gila... sebab untuk menggunakan compact camera, budak kecik berumur 5 tahun pun boleh buat...! masa tu jugak, macam-macam perasaan ada... malu tu tak payah cakap la kan... yela, pakai kamera murah jew... hasilnya memang lebih kurang dengan kamera orang lain... tetapi pada masa tu, itu sahaja yang saya mampu... masa tu memang menangislah sebab tak mapu beli kamera mahal... tetapi sikit pun tidak melemahkan semangat saya... saya tetap dengan semangat saya untuk tembak gambar mereka... saya ada idea, cuma kemampuan kamera menjadi pencabar utama... Alhamdulillah, pengantin percayakan saya dan hadiahkan saya RM50 atas penat lelah saya pada hari tersebut... balik rumah, buat editing untuk repair semua gambar, terus bagi pengantin dalam bentuk DVD...

selepas satu tahun iaitu pada 20 Disember 2009 yang lepas, sekali lagi saya dapat permintaan daripada akak Ikin yang lain iaitu Narihan... pada 20 Disember 2009, kak Narihan bertunang dengan Nizam dari Kelantan dan saya menjadi jurugambar mereka... tarikh yang sama selepas satu tahun... memang best! tapi kali ni tak pakai kamera murah dah... kamera murah dah hantar muzium... Alhamdulillah..... berkat daripada kerja pertama saya dulu dan saya betul-betul hargainya... tapi sayang sebab saya tidak dapat jadi jurugambar untuk perkahwinan mereka nanti sebab saya sudah pun ada tempahan lain... bila kenang balik cerita setahun yang lepas, memang saya betul-betul menangis hanya untuk berada di mana saya berdiri sekarang... bukanlah tempat yang boleh dibanggakan oleh sesiapa, tetapi tempat yang membolehkan saya terus bermimpi dalam dunia khayalan saya... satu tahun yang terlalu susah, satu tahun yang terlalu banyak halangan dan cabaran, satu tahun yang banyak mendewasakan saya... jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjadi tulang belakang saya selama ini terutamanya kepada seluruh keluarga saya termasuk Pakcik Dzul & Busu, my love Zara, Labong & Solehan, Ikin & Kakti, Marina & Wan Leonard... nama-nama inilah yang paling banyak membantu saya ketika saya mula nak bertapak dulu, dan nama-nama inilah yang akan saya ingat sampai saya mati kelak... Thanks all! Next entri akan saya kongsikan gambar Majlis Pertunangan Narihan & Nizam yang berlangsung pada 20 Disember 2009 yang lepas...

sesiapa yang nak tengok hasil kerja saya setahun yang lepas, boleh klik SINI! tetapi semua gambar biasa jew...

ikhlas,
Syazwan Yazid

Saturday, December 19, 2009

Sibuk


baru sahaja pulang daripada Kuala Lumpur malam semalam... 5 hari yang cukup sibuk & penat... dah seminggu tidak update blog... tapi rasa macam lama dah... huuu... terlalu banyak gambar yang saya nak kongsikan... insyaAllah nanti bila-bila dah lapang sikit... bersambung.....

*Another task esok... teruja... good luck for me...

Saturday, December 12, 2009

Majlis Pernikahan Nadzim & Rossyiedawati

Salam... Majlis Pernikahan Nadzim & Rossyiedawati berlangsung di rumah perempuan di Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 5 Disember 2009... untuk perkhwinan mereka, saya pun tidak pasti kenapa saya begitu teruja untuk menembak gambar... mungkin disebabkan berada di negeri sendiri... dah biasa menembak gambar di negeri orang, bila negeri sendiri, semua perasaan ada... tambahan, majlis sederhana dengan suasana kampung, memang saya betul-betul selesa dengan masyarakat sekeliling... majlis pernikahan mereka betul-betul menguji minda saya... berbekalkan ruang yang tidak begitu luas seperti majlis pernikahan yang berlangsung di masjid, dengan hadirnya tetamu yang ramai sampai sesak segala ruang yang ada, pergerakan saya sememangnya agak terhad... situasi begini bukanlah penghalang, malah saya lebih suka berfikir untuk mendapatkan gambar yang terbaik dengan sedikit ruang yang saya ada... Alhamdulillah... ramai yang faham kerja saya sebagai jurugambar mereka dan sedia memberikan laluan... walaupun tak dapat banyak gambar menarik masa majlis pernikahan, tetapi saya anggap saya berjaya laksanakan tugas dengan baik walaupun terdapat beberapa halangan... paling best lepas majlis nikah, orang lain pergi makan, saya pula pinjam cincin pengantin... terus....... SNAP! SNAP! SNAP! puas...........

jadi, ini ada sedikit gambar yang boleh saya kongsikan di sini... harap-harap pengantin puas hati dengan hasil kerja saya... enjoice! =)
















*Special thanks to Asyraf Aziz yang sudi temankan saya pergi majlis nikah ni... semoga kita berjumpa lagi sahabat... =)

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/