Salam... Pada malam tadi berlangsungnya Pertandingan Nyanyian IPG Kampus Perlis di Dewan Indera Kayangan, dengan tema "So You Think You Can Sing", anjuran PISMP Muzik (B) bersama Unit Muzik, Jabatan Kajian Sosial... Kebetulan malam tadi memang ada masa terluang, jadi saya join jugak sebagai penonton dan sebagai penyokong Che Atin... Sambil tu, sempat jugak menembak beberapa keping gambar untuk dijadikan koleksi... Tapi, sedikit kecewa kerana kurang sumber cahaya dan tiada cahaya yang ditujukan kepada para peserta di atas pentas... Hanya beberapa lampu sahaja yang dinyalakan untuk 'terangi' dewan... Memang kelam dan gelap! Kot ye pun nak jimatkan elektrik, berpada-padalah kan... Bila ada majlis dan para tetamu dari luar pun datang, tak salah kalau korban sikit... Sekurang-kurangnya, dapatlah menjaga nama baik kita sendiri... Tetapi tidak mengapa kerana perkara ni pun bukanlah dibawah kendalian saya... Tahniahlah kepada penganjur yang berani mengadakan majlis seperti ini... Dan tahniah juga kepada para pemenang...
Jadi, ini ada sedikit gambar yang ingin saya kongsikan di sini... dengan cahaya yang tak seberapa, memang agak susahlah untuk saya menembak... banyak 'try n error' je... Saya dengan Kay tukar-tukar kamera dan lens sampailah dapat jugak beberapa keping gambar yang boleh pakai... Walaupun ada lens pinjam iaitu Tammy 70-200, tapi tak banyak pun membantu... lens tammy tu tak hebat mana pun... tambahan, memang cahaya malam tadi menyakitkan jiwa raga saya... cess! Jadi, layan la gambar-gambar yang tak seberapa ni... enjoice! =)
::: Feel :::

::: Bani - Kau Aku :::

::: Abol - Biar Bulan Bicara :::

::: Fans :::

::: Fung :::

::: The xXx Man :::

::: Abe :::


::: Anak Bapak :::


::: Kai Fong :::


::: Fanatik :::


::: Lonely :::

::: Che Atin - Hati Emas :::


::: Anip :::


::: Pemenang Ketiga :::

::: Pemenang Kedua :::

::: Pemenang Pertama :::


Terima kasih kepada Kay sebab dapat jugak pinjam lens tammy walaupun tak berapa puas hati... Semua gambar yang kami dapat malam tadi akan kami gunakan bersama... InsyaAllah, masa Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2010 nanti nak pinjam lagi lens ni... Nak test power untuk sukan pulak... Kepada sesiapa yang rasa-rasanya nak copy gambar-gambar tak seberapa ni untuk dijadikan kenangan ke, nak bawak pergi jumpa bomoh ke, bolehlah datang berjumpa saya atau jumpa dengan Kay... Yeah!
pssst : Che Atin mau makan ape...??? Mau belanja makan ni!
2 Comments:
apa pasal tutup mata hah?..pesalah trafik ke?
nice..! ;D
Post a Comment