Thursday, February 4, 2010

Program Bina Insan Guru | Kampung Padang Besar Selatan

Salam... ini saya nak kongsi sikit gambar semasa Program Bina Insan Guru (BIG) yang berlangsung di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, Perlis pada 2 Februari 2010 yang lalu... Seramai 60 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang terlibat, daripada 3 kelas iaitu PISMP Semester 3 Pemulihan, Pendidikan Seni Visual, dan Sains... Saya seperti sebelumnya, sentiasa dilantik sebagai Biro Dokumentasi yang ditugaskan untuk merakam segala gambar kenangan untuk dimuatkan dalam laporan dan juga untuk kenangan bersama... Untuk program BIG kali ni, kami sebagai guru pelatih membuat program khidmat masyarakat di mana kami semua bergotong-royong di sebuah kampung... Selain membersihkan kawasan sekitar kampung, kami turut memasak juadah tengahari bersama penduduk kampung... Memang seronok! Alhamdulillah, program berjalan lancar dan jutaan terima kasih terhadap semua penduduk kampung yang terlibat dalam memberi kerjasama yang baik terhadap kami semua... Tahniah juga kepada semua ahli jawatan kuasa yang bekerja keras dalam menjayakan program ini... jadi, ini ada sedikit gambar untuk tatapan semua... enjoice...! =)












semester depan...??? tak tahu macam mana ceritanya lagi... InsyaAllah akan jadi lebih baik daripada sebelumnya... Aminnn...

nota kaki : kembali cargas dengan bantuan WiFi 24Jam Uncle Tam's Cafe! Kudos to Them! Yeah!

8 Comments:

.zara. said...

ermmm............

Anonymous said...

sem ni xmau combine semua gmbr aktiviti burn msk dvd?

Syazwan Yazid said...

siapa la Anonymous ni... kasi tinggal nama la kawan...

Tej@ AuLi@ said...

jeng...nk gmbr2 BIG ari tu..bley? burn la..-nani sn-

Syazwan Yazid said...

nani : meh pendrive... tak sampai 1gb pun...

.zara. said...

i do love u....

sabrosa said...

mana gambaq wa karok..xkan xdk kot..hak2..

Syazwan Yazid said...

Zara : I Love You too syg....

Sabrosa : Time hang karok, tiba2 ja kamera aku jammed! awat ntah! haha!