Hari ketiga iaitu hari terakhir KOT pada tahun ini, acara-acara bermula pada sebelah pagi sampailah petang, iaitu penutupnya... Pada sebelah pagi, saya ada acara 110 meter berpagar lelaki akhir... Jadi, memang tak bawak kamera turun dan tiada langsung gambar di sebelah pagi... Untuk acara tersebut, sekali lagi nasib malang menimpa saya dimana saya terjatuh lagi masa acara akhir buat kali ketiga berturut-turut selama 3 tahun... Kalau bola tu, memang dah boleh kira hatrik! Walaupun semasa saringan boleh dapat tempat ke-3 terbaik dari segi catatan masa, tetapi acara akhir sudah seperti badi bagi saya... Mungkin ada yang berfikir saya sengaja jatuh... Cess! Tetapi bagi saya, untuk acara 110 meter berpagar bukanlah satu acara yang mudah... Dan tahun ni adalah yang terbaik sebab saya tetap habiskan larian dengan kacaknya walaupun dah jatuh... Yeah! Gambar di bawah ni daripada GG yang sempat merakam saat-saat sebelum saya jatuh... Thanks dude! Saya dalam bulatan merah...

Pada sebelah petangnya, saya tertidur sebab terlalu penat dan terlambatlah turun untuk menyaksikan perasmian KOT tahun ni... Bawak kamera, tembak aje mana yang sempat walaupun kecewa masa turun, perbarisan dah pun habis! Dapat jugaklah sedikit gambar... enjoice! =)


~ 100 meter lelaki akhir... Juara bertahan raja pecut iaitu Najib Astro (bulatan hijau)... Dan saat-saat Faris jatuh (bulatan merah)... ~








Sekian sahaja cerita KOT pada tahun ni... InsyaAllah kalau panjang umur kita bertarung lagi pada KOT tahun depan... Tetapi tahun depan saya dah berkira-kira untuk pencen daripada masuk apa-apa acara... InsyaAllah nanti nak jadi maskot jek! Woahahahaha!
1 Comments:
huuu!
hensem nye buah hati saye...
ehek! =)
Post a Comment