Tuesday, January 26, 2010

1st Anniversary With My Beloved Camera Nikon D90


Salam semua... dalam sedar, masuk hari ni, sudah setahun saya dijodohkan dengan Kamera DSLR Nikon D90 sebagai isteri saya yang pertama... dah setahun kami bersama mengharungi bersama pahit getir kehidupan... suka & duka, kenangan manis & pahit, kami tetap bersama... ke mana sahaja kaki ini melangkah, si dia tetap di sisi... dan sudah jauh kami berjalan, mencipta pelbagai kenangan yang sememangnya memuaskan hati ini dan menggembirakan orang lain...

buat isteriku Nikon D90 yang tersayang, terima kasih banyak-banyak kerana telah hadir dalam hidup ini... kehadiranmu dalam hidup ini telah memberi sejuta erti dan sinar cahaya dalam kehidupanku... terima kasih kerana telah banyak mendewasakan diri ini... semoga kita akan kekal bersama, bahagia hingga ke akhir hayat... InsyaAllah... aku berjanji, walau apa pun terjadi, kita tidak akan kenal erti perpisahan... selamanya... terima kasih sayang.....

Ikhlas mencintaimu,
Syazwan Yazid

nota kaki : tulisan berbunga-bunga, takut si dia merajuk pulak sebab saya selalu mimpi nak beli kamera & lens baru!

Monday, January 18, 2010

Editing Mood



~ gambar hiasan | gambar lama setahun lebih yang lepas ~

sekarang ni masih lagi berusaha menyiapkan 2 lagi custom album... 25 jam sehari, 8 hari seminggu, tetap menghadap laptop kesayangan... terlalu sukar saat ini... nantikan.....

Sunday, January 17, 2010

Rezeki | Hadiah Sebuah Kamera Digital Baru







Jumaat yang lepas, saya baru terima hadiah ni... En.Rizam sampaikan kepada Alimin, Alimin sampaikan kepada roomate saya Solehan, Solehan kejutkan saya tidur, "nah kamera yang kau menang pertandingan fotografi hari tu....." mamai-mamai, tengok kamera, sambung tidur... sepatutnya saya terima hadiah ni masa 'dinner' pada penghujung semester lepas... disebabkan saya cabut balik awal untuk travel ke Ipoh pada hujung minggunya, maka tak dapatlah saya naik pentas dengan kacaknya... woahahaha! pada sesiapa yang tidak tahu tentang pertandingan fotografi ni, bolehlah KLIK SINI & KLIK SINI... terima kasih kepada semua warga maktab yang mengundi gambar saya sehingga saya dapat kamera ni... walaupun kamera ni kamera digital biasa, tetapi bersyukurlah sebab dapat kamera FREE! jadi, kamera ni akan saya letakkan di rumah untuk kegunaan keluarga saya... terima kasih!

nota kaki : tak pasal-pasal kena beli memori kad baru untuk kamera ni... memori kad takde!

Sunday, January 10, 2010

Majlis Pertunangan Shameer & Shakila | 2 Januari 2010



















salam semuanya... rasanya dah lama jugak saya tidak update blog dengan gambar-gambar... semuanya disebabkan saya setting url/link baru pada blog saya... kali ni saya nak kongsikan sedikit gambar Majlis Pertunangan Shameer & Shakila yang berlangsung pada 2 Januari 2010... ini merupakan job photography saya yang pertama buat tahun ni, dan adalah sedikit diskaun buat mereka... Shameer & Shakila ni sebenarnya masih lagi muda iaitu masing-masing baru sahaja nak masuk 19 tahun... terkejut jugak... hehe! apa-apa pun, buat Shameer & Shakila, selamat bertunang dan semoga cepat melangsungkan perkahwinan, dan pilih saya lagi sebagai jurugambar korang...! winks!

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

Saturday, January 9, 2010

Rezeki Tahun Baru | Kekasih Baru


sebenarnya lama dah nak update, tetapi terpaksa tunggu setting url/link yang baru untuk blog... gambar ni saya ambil pada petang sabtu minggu lepas... tepat pada masa dan hari yang dijanjikan, mak ayah saya pergi meminang kekasih hati saya yang baru... sebulan lebih saya berusaha memilih calon yang saya minat dengan perwatakannya, memenuhi citarasa saya sebagai seorang lelaki, semuanya ditolak oleh mak ayah saya... seksi sangatlah... dedah sini dedah sana lah... ramai orang pandang lain macam lah... semuanya ada yang tidak kena... akhirnya, calon terakhir yang diperkenankan oleh pakcik saya menjadi pilihan... sopan & lemah-lembut... dengan wang hantaran sebanyak @#$%^, semuanya bersetuju termasuk saya sendiri... beberapa hari kemudiannya, si dia sudah pun rasmi menjadi milik saya dan mak ayah saya sudah pun bawa si dia pulang ke rumah... walaupun saya sekarang sibuk di utara tanah air, setiap malam termimpi-mimpi... InsyaAllah cuti raya cina nanti saya akan balik kampung untuk berjumpa dengan kekasih hati saya yang baru tu dan membawanya bersama saya untuk pulang ke Perlis... tak sabar dah nak berbulan madu... tak sabar dah nak pergi shopping untuk si dia... tak sabar dah nak buat si dia kelihatan berseri semula... sekarang pun tengah buat kira-kira, agak-agak berapa ribu yang perlu saya laburkan buat si dia nanti... kepada kawan-kawan saya, inilah kekasih hati saya yang baru... kalau selisih dimana-mana, jangan lupa tegur... haha! kepada kekasih hati yang baru, "tunggu saya balik ye sayang.....!"

*satu azam sudah tercapai! berusaha untuk azam berikutnya & tambah satu azam baru iaitu nak menambahkan berat badan...! kurus sangat sekarang... bersambung...

Friday, January 8, 2010

PERHATIAN! Blog dibuka semula dengan url/link baru!


memulakan tahun baru dengan pelbagai rancangan & perubahan untuk kemudahan & kamajuan masa depan... sedikit sibuk dan setelah hampir seminggu menunggu untuk setting url/link baru untuk blog, akhirnya selesai jugak hari ni... jadi, http://syazwanyazid.blogspot.com/ kini telah bertukar kepada http://www.duniakhayalan.com/... kepada semua follower blog ni, pembaca setia blog ni, peminat-peminat gambar dalam blog ni, jangan risau... jika anda klik pada url/link lama iaitu http://syazwanyazid.blogspot.com/, dia akan terus membawa anda kepada url/link yang baru iaitu http://www.duniakhayalan.com/... jadi, tolong sebar-sebarkan lah ye! terima kasih!

Friday, January 1, 2010

PERHATIAN SEMUA! BLOG DITUTUP SEMENTARA!


PERHATIAN kepada semua pembaca blog ini, blog ini akan ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja naik taraf... blog ini akan ditutup 2 hari selepas pengumuman ini dikeluarkan... blog ini akan berpindah ke http://www.duniakhayalan.com/ dan akan mengambil masa lebih kurang 5 hari untuk kerja menaik taraf... semasa kerja naik taraf dilakukan, anda tidak akan jumpa blog saya dan jika anda klik pada http://syazwanyazid.blogspot.com/, keluar skrin putih sahaja... blog ini akan dibuka semula sehingga diberitahu kelak... diharap kepada semua pembaca blog ini akan menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan yang lain... link baru blog ini selepas 5 hari adalah http://www.duniakhayalan.com/... harap maklum & terima kasih!

Rantai Art Event 2009

just wanna share some photos during Rantai Art Event 2009 at Red Banglow behind Pelita Nasi Kandar KLCC... this lovely art event open for public from 18 Dec 2009 - 20 Dec 2009... memang ramai yang datang... pada siapa yang tidak tahu, kebanyakan band indie Malaysia lahirnya di sini... dan saya pertama kalinya datang ke sini setelah sekian lama berhajat nak datang, tapi tak sampai-sampai... walaupun sempat lepak sekejap sahaja, tetapi enjoy that day tengok hasil seni orang lain... memang best! dan inilah dunia saya, dunia seni... sempat lepak selama 1 jam lebih sebelum terpaksa balik kerana ada tugasan lain... sempat jugak beli baju & lain-lain! yeah!

::: bilik yang dipenuhi gambar-gambar hasil budak LomoKids.Com... penuh satu bilik termasuk siling... saya memang betul-betul kagum dengan hasil kerja mereka... well done guys! :::


::: Live graffiti demo by Acit... Acit ni kawan kepada idola saya iaitu Udey Ismail... saya pun pernah mencuba seni graffiti masa sekolah menengah dulu... memang susah dan mencabar! saya sempat tengok Acit intro aje, dan hasilnya boleh tengok kat blog Acit sndiri di SINI! saya dah ada rumah sendiri nanti memang saya nak jemput Acit ni conteng dinding rumah saya! yeah! :::


walaupun sempat lepak sekejap sahaja, tetapi memang saya tenang dapat lihat 'seni'... walaupun tak sempat nak jumpa Udey Ismail & Mukhriz Latif, semuanya dah terbayar kini... bersambung & Selamat Tahun Baru 2010...!