Saturday, February 27, 2010

Berehat Sebentar Bersama Kit Kat!


~ Ming, Me, Udey Ismail, others | Kangar, Perlis ~

Pakej percutian 3 hari 2 malam akan berakhir esok... Sibuk berehat walaupun assignment tak siap lagi... Woahahaha! Bersambung nanti... Waktu rehat belum habis... Loceng pun tak bunyi lagi...

pssst : yeeehaaaaa!

Friday, February 26, 2010

Satu Malam Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)






Salam semua... Just wanna share some photos... Semasa nak balik ke Perlis tempoh hari, saya dengan Zara sempat singgah di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan bermalam di sana... Ada lah beberapa kenalan di sana termasuk kawan-kawan sekolah dulu... Daripada dulu lagi nak pergi, tapi sekarang baru dapat... Bila dah ada kenderaan sendiri ni, baru lah senang sikit kaki melangkah... Disebabkan sampai UTP dah maghrib, jadi tak dapatlah nak menembak... Sebelum balik pagi esoknya, sempatlah menembak beberapa keping gambar buat kenangan... Pada saya, UTP memang best lah! Rekaan bangunan yang paling menarik minat saya... Dulu, ada jugak bercita-cita nak jadi arkitek, minat nak bina bangunan cantik-cantik... Tapi, hajat tak sampai sebab malas belajar masa sekolah menengah... Woahahaha! Yelah, dulu masa sekolah, macam-macam nak jadi, tapi belajar malas! Haha! Terima kasih kepada Wanie yang tumpangkan Zara tidur, dan terima kasih Bijan yang tumpangkan saya tidur... InsyaAllah satu hari nanti nak ke sini lagi, bawak seorang awek baik punya, tembak gambar puas-puas! Haha!

Thursday, February 25, 2010

Happy Birthday 27th Udey Ismail | 23 Mac 1983


Sebelum ni, ada juga yang bertanya saya, siapakah idola saya dalam fotografi...??? Tetapi memang susah saya nak cakap... Bukannya tidak mahu berkongsi, tetapi ada sebabnya... Sebenarnya, ramai juga yang saya jadikan idola dalam fotografi... Ranking pertama ialah Udey Ismail dan baru-baru ni beliau menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27... Memang best kalau dapat join... Saya sendiri pernah jumpa beliau sekali je, dapat join job beliau di Hotel Hilton PJ 2 bulan yang lepas, tetapi gambar-gambar tak publish lagi... InsyaAllah nanti... Kepada sesiapa yang nak kenal beliau, ni BLOG beliau, ni FACEBOOK beliau... Enjoy video kat atas tu dan enjoy gambar-gambar di SINI... Happy birthday bro! yeah!

Monday, February 22, 2010

Sejarah


~ kenangan di UTP Perak semalam | captured by Wanie, setting & edited by me ~

Alhamdulillah... Selamat sampai Perlis semalam... Sempat jugak jalan-jalan di UTP dan sekitar Ipoh... Penat lagi... Dah senang sikit nanti saya kongsi gambar-gambar lain ye... daa....

Wednesday, February 17, 2010

Majlis Pertunangan Suwardi & Norhidayu | 29 November 2009

Salam semua... Bersambung daripada ENTRI SINI, sekarang barulah dapat full update... lambat sikit update sebab internet agak lembab membuatkan susah sikit nak upload video dalam youtube... Tambahan, sibuk rehat sambil melayan kekasih hati yang baru... haha! Untuk pengetahuan semua, Norhidayu ni merupakan sepupu saya sendiri... Untuk majlis perkahwinan mereka pada penghujung bulan 5 nanti, saya bukan lagi jurugambar mereka dan saya nak enjoy semasa perkahwinan mereka... InsyaAllah kalau rajin saya akan turut shoot sikit dan shoot outdoor je untuk tambah koleksi gambar saya... Tambahan, Abg Azrul @ Pencerita yang akan shoot video untuk mereka nanti... Lama jugak dah tak jumpa beliau... haha!

Di sini saya nak kongsikan beberapa gambar pada majlis pertunangan tempoh hari... enjoice! =)
















SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

Saturday, February 13, 2010

Cuti Seminggu | CNY 2010


Cuti kembali lagi, cuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina 2010... Selamat sudah sampai rumah pukul 2 pagi tadi... Naik kereta dengan Ayah & Mama Zara sampai Shah Alam, then saya drive kereta Abg Didi dari Shah Alam sampai rumah... Penat masih lagi terasa, plus tak cukup tidur lagi... Cuti kali ni tiada plan untuk ke mana-mana, memang set nak rehatkan badan & minda ni... Ada job pun tolak, ada peluang ikut idola pergi job pun tolak... Memang nak rehat puas-puas... InsyaAllah kalau rajin, nak jugak jalan-jalan menembak gambar... Tapi sekitar kampung jela kot... Kekasih hati yang baru dah pun jumpa... Cuma tak sempat lagi nak pergi dating... Bersambung dengan gambar-gambar lain nanti... see ya!

Tuesday, February 9, 2010

Majlis Pertunangan Nizam & Narihan | 20 Disember 2009

Alhamdulillah... Sekarang ni semua album telah pun siap... Ringan sikit kepala ni... Lepas ni tunggu tugasan berikutnya... Memang dah tak sabar nak perah segala idea baru dalam kepala ni... Alhamdulillah jugak, sekarang ni semakin murah rezeki saya... Sampaikan ada beberapa permintaan terpaksa saya tolak dan berikan kepada orang lain... Mintak maaf semua... Kepada semua yang sudi menghantar email kepada saya, saya cuba membalasnya dengan baik... Sekiranya saya terlupa membalas mana-mana email, harap maaf dan harap anda boleh ingatkan saya... terima kasih...

Di sini, saya nak kongsi sedikit gambar daripada album yang baru sahaja saya terima... sebelum ni saya ada kongsi sikit DI SINI... Memang best! Memang banyak gambar yang saya dapat walaupun ini hanya majlis pertunangan... Saya harap mereka akan suka dengan album ni dan saya harap mereka kekal bahagia... enjoice! =)

























bersambung dengan gambar-gambar lain nanti... see ya! =)

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

Saturday, February 6, 2010

Pertandingan Nyanyian IPG Kampus Perlis | "So You Think You Can Sing"

Salam... Pada malam tadi berlangsungnya Pertandingan Nyanyian IPG Kampus Perlis di Dewan Indera Kayangan, dengan tema "So You Think You Can Sing", anjuran PISMP Muzik (B) bersama Unit Muzik, Jabatan Kajian Sosial... Kebetulan malam tadi memang ada masa terluang, jadi saya join jugak sebagai penonton dan sebagai penyokong Che Atin... Sambil tu, sempat jugak menembak beberapa keping gambar untuk dijadikan koleksi... Tapi, sedikit kecewa kerana kurang sumber cahaya dan tiada cahaya yang ditujukan kepada para peserta di atas pentas... Hanya beberapa lampu sahaja yang dinyalakan untuk 'terangi' dewan... Memang kelam dan gelap! Kot ye pun nak jimatkan elektrik, berpada-padalah kan... Bila ada majlis dan para tetamu dari luar pun datang, tak salah kalau korban sikit... Sekurang-kurangnya, dapatlah menjaga nama baik kita sendiri... Tetapi tidak mengapa kerana perkara ni pun bukanlah dibawah kendalian saya... Tahniahlah kepada penganjur yang berani mengadakan majlis seperti ini... Dan tahniah juga kepada para pemenang...

Jadi, ini ada sedikit gambar yang ingin saya kongsikan di sini... dengan cahaya yang tak seberapa, memang agak susahlah untuk saya menembak... banyak 'try n error' je... Saya dengan Kay tukar-tukar kamera dan lens sampailah dapat jugak beberapa keping gambar yang boleh pakai... Walaupun ada lens pinjam iaitu Tammy 70-200, tapi tak banyak pun membantu... lens tammy tu tak hebat mana pun... tambahan, memang cahaya malam tadi menyakitkan jiwa raga saya... cess! Jadi, layan la gambar-gambar yang tak seberapa ni... enjoice! =)

::: Feel :::


::: Bani - Kau Aku :::


::: Abol - Biar Bulan Bicara :::


::: Fans :::


::: Fung :::


::: The xXx Man :::


::: Abe :::



::: Anak Bapak :::



::: Kai Fong :::



::: Fanatik :::



::: Lonely :::


::: Che Atin - Hati Emas :::



::: Anip :::



::: Pemenang Ketiga :::


::: Pemenang Kedua :::


::: Pemenang Pertama :::



Terima kasih kepada Kay sebab dapat jugak pinjam lens tammy walaupun tak berapa puas hati... Semua gambar yang kami dapat malam tadi akan kami gunakan bersama... InsyaAllah, masa Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2010 nanti nak pinjam lagi lens ni... Nak test power untuk sukan pulak... Kepada sesiapa yang rasa-rasanya nak copy gambar-gambar tak seberapa ni untuk dijadikan kenangan ke, nak bawak pergi jumpa bomoh ke, bolehlah datang berjumpa saya atau jumpa dengan Kay... Yeah!

pssst : Che Atin mau makan ape...??? Mau belanja makan ni!