Wednesday, March 31, 2010

Zam Ana & Keluarga | The Legend Water Chalets



















Salam semua..... Masa sekarang ni terlalu sibuk dengan kerja proposal untuk projek juta-juta... Woahahaha! Jadi, masa nak upload gambar-gambar kat blog pun susah... Cuti hari tu, pada 18 Mac 2010, saya shoot keluarga Zam & Ana yang bercuti di The Legend Water Chalets, Port Dickson... Kebetulan tarikh tersebut memang saya free, jadi saya terima permintaan mereka... Inilah kali pertama saya shoot percutian macam ni... Selalunya, percutian keluarga sendiri je... Kali ni lain sikit... Pengalaman baru, memang best..! Mereka pun sporting walaupun Iman & Damia kadang-kadang menangis... Biasalah anak-anak kecil... Iman baru 6 tahun, Damia pulak baru 8 bulan... Untuk menarik perhatian anak-anak kecil untuk bergambar, memang bukan satu perkara yang mudah... Kena ambil masa untuk mereka biasakan diri dengan kita sebab mereka pun baru je kenal saya pada hari tersebut... Penat jugaklah melayan Damia si kecik tu... haha! Memang enjoy sangat petang tu...! Apa-apa pun, layan aje gambar-gambar yang tak seberapa daripada saya masa hari tu... Harap-harap mereka suka dan puas hati dengan gambar-gambar ni... enjoice...! Nantikan next entry yang lebih menarik...! Yeah!

Wednesday, March 17, 2010

Another Great Weekend | Part 2





~ Teaser Majlis Perkahwinan Sharifah Julailah & Syed Mohammad Hafiidz | Ahad 14 Mac 2010 | Kuantan, Pahang ~

Apa yang seronok sangat...??? Enjoy sangat...! Sabtu & ahad, Haffiz & Hafiidz... Nantikan... Bersambung.....

pssst : bersedia untuk tugasan seterusnya... Port Dickson (18 Mac) & Seremban (20 Mac)... Yeah!

Tuesday, March 16, 2010

Another Great Weekend | Part 1





~ Teaser Majlis Perkahwinan Nur Safawati & Mohd Al-Haffiz | Sabtu 13 Mac 2010 | Kangar, Perlis ~

Hujung minggu yang baru lepas memang seronok... Enjoy sangat...! Nantikan dengan banyak lagi gambar untuk dikongsi di sini...

Monday, March 15, 2010

Majlis Perkahwinan Knir & Azani | 6 Mac 2010



















Salam... Seronok rasanya bila dapat cuti seminggu untuk balik kampung... Walaupun kerja banyak (tak buat pun), tetapi ringan sikit kepala ni bila berada dengan keluarga... Lepas ni, lambat lagi baru boleh cuti... huah! InsyaAllah akan curi-curi balik jugak nanti... Ok... Kali ni, saya nak kongsikan sedikit gambar semasa Majlis Perkahwinan Knir & Azani yang berlangsung pada 6 Mac 2010 yang lalu... Majlis sebelah keluarga lelaki ni berlangsung di Jejawi, Arau, Perlis... Ramai jugak yang hadir ke majlis mereka ni... Kawan sekolah, kawan kerja, semua datang... Knir ni ialah kawan kampung kepada kawan saya sendiri iaitu Adi... Seronoklah bila ada jugak kawan-kawan yang datang, dapat jugak berbual bila ada kesempatan... Azani pula berasal dari Terengganu... Satu bas jugaklah rombongan dari Terengganu... Bila loghat Perlis + loghat Terengganu, jadilah loghat baru... Seronok tengok Knir & Azani yang kadang-kadang cakap utara, kadang-kadang cakap ganu... haha! Nasib baiklah saya faham... Bolehlah gelak sekali... Memang enjoy majlis mereka... Relax sambil layan teh tarik & laksa! Yeah! Kepada Knir & Azani, semoga bahagia sehingga ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat baby ye...! So, enjoylah sedikit gambar yang tak seberapa ni... Enjoice! =)

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/

Jangan Jadi Macam Saya


~ Syazwan Yazid Live At SK Kubang Gajah, Arau, Perlis ~

sahabat : Kau ok lah... Muda-muda lagi dah boleh main kamera... Dah boleh buat part-time...
saya : Tapi sakit jugak lah bang... Banyak kena korbankan... Masa lah yang paling banyak...
sahabat : Haa... Yang tu memang lah... Kalau dah main kamera, memang sibuk lah... Sampai rasa macam tak cukup masa... Ada sekali tu rasa macam menyesal pulak main kamera... (dua-dua gelak)...
saya : Tau takpe... Kadang-kadang tu sampai nak keluar dengan kawan pun tak sempat sebab sibuk dengan gambar...

Saya ingat lagi masa sekolah menengah dulu, ada seorang cikgu ni pernah cerita... Masa beliau muda-muda dulu, beliau memang cari kerja part-time untuk tambah duit poket... Yelah, dulu susah sikit kan... Jadi, bila kerja tu, dapatlah hidup senang sikit... Tetapi, banyak masa muda beliau yang dikorbankan untuk bekerja... Paginya belajar, malamnya kerja... Berduit memang seronok, tetapi tiada masa untuk yang lain... Akhirnya, bila dah tua, menyesal tak sudah sebab tak banyak kenangan semasa muda remajanya... Dan beliau sarankan kepada semua pelajarnya, "Jangan jadi macam saya..... Hilang nikmat muda remaja yang sepatutnya bersuka-ria bersama kawan-kawan....." (lebih kurang macam ni lah ayat beliau)

Saya sendiri yang masih muda sekarang ni dah pun buat kerja part-time dalam fotografi... Ramai yang tidak sedar dan menganggap kerja fotografi merupakan satu kerja yang mudah dan hanya memerlukan kerja dalam masa satu hari sahaja... Sebaliknya, lepas semua gambar dihasilkan, mesti kena edit maa...! Pengorbanan yang paling banyak sekali sememangnya pengorbanan dari segi masa... Terlalu banyak! Sampaikan keluarga sendiri pergi jalan-jalan pun saya tak dapat ikut... Cess! Tetapi, ini baru permulaan dan jauh lagi perjalanan ni... Pengorbanan terpaksa dilakukan demi mencapai satu impian... Saya seronok dengan apa yang saya buat sekarang walaupun kadang-kadang tu terpaksa mengembara seorang diri di negeri orang... Impian harus harus diteruskan... Tak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita akan berakhir... Kepada kawan-kawan di luar sana, "jangan jadi macam saya ok....."

pssst : home sweet home..... yeah!

Thursday, March 11, 2010

Majlis Perkahwinan Ridwan & Nadiah | 14 Februari 2010

















~ kedua-dua gambar saya di bawah oleh Ajai, editing oleh saya ~




Salam semua... Sedikit sibuk sekarang dengan kerja... Petang tadi baru berkesempatan pos album yang baru siap... Pada 14 Februari 2010 yang lepas, saya bersama Ajai sebagai teman borak saya pergi shoot Majlis Perkahwinan Ridwan & Nadia yang berlangsung di Dewan Masjid Salehuddin Al-Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur... Majlis bertandang sebelah pihak lelaki ni diadakan secara sederhana dan relax aje... Walaupun tak banyak idea baru, namun saya dengan Ajai memang enjoy dan seronok dapat sertai mereka... Memang tak pernah saya shoot wedding se'relax ni... haha! Tak dapat nak cerita panjang... Harap-harap mereka suka dengan gambar-gambar yang saya hasilkan... enjoice! =)

pssst : tak sabar nak tunggu next wedding! yeah!

SYAZWAN YAZID
Photographer
Phone : 012-2102602
Email : syazwan_ipgmkp@yahoo.com
Website / Gallery : http://www.syazwanyazid.com/